Template by:
Free Blog Templates

3 March 2012

BNBBC Kedah











Pilihanraya umum (PRU) ke 13 adalah tempoh terbaik Baridan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk dapatkan semula Kedah dari pembangkang.

Pedulikan masalah yang dihadapi pembangkang yang penting BN tumpukan usaha menguatkan jentera parti disemua peringkat.

Kekuatan parti terletak ditangan BN sendiri menyelesaikan masalah dalaman dan perpaduan amat penting.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Ser Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar menyertai program pemukiman BNBBC Adun seluruh Malaysia di kampung Batu Hampar dalam Parlimen Merbuk di Kedah,Malan tadi.

Turut hadir ketua peti undi, Othman Bin Omar yang juga ketua UMNO cawangan.

Untuk rekod PRU ke 12 (2008) Kedah. 1).Parlimen: BN (4). PAS (6). PKR (5)
2) DUN: BN(14) PAS(16) DAP(1) BEBAS(1) PKR (4).

Adun BN seluruh dunia kini berada di Kedah menyertai pemukim tersebut yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang juga pengerusi BN pusat di Sungai Petani, Malam ini.

Komponen parti juga harus mengelakkan pergeseran dan menyerahkan segala soal pengagihan kerusi kepada Perdana Menteri untuk membuat keputusan yang terbaik.

Pemukiman BNBBC Adun itu adalah siri ke 3 selepas negeri selangor dan Perak.

Negeri selangor masih dikuasai pembangkang manakala Perak BN sudah kembali berkuasa apabila empat orang Adun pembangkang bertindak keluar parti.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya takut BN lupa memberi semangat kepada calon yang hendak ditukar dengan calon yang baru.

Kadang2 mereka ini sudah faham kenapa calon lama ditukar dengan calon baru. Meraka tahu yang baru dilantik ialah 'winnable cndidate'.

Tapi kita takut terjadi juga dua camp seperti di Sungai Petani dahulu setelah calon baru yang diketengahkan, kerana penyokong calon lama mengingat periok nasi mereka akan tiada lagi jika calon baru dipilih.

Perkara inilah yang patut diberitahu kepada pengundi BN supaya mereka tidak mengadakan dua camp. Kalau ada dua camp seperti yang dialami PKR di PR 12 dahulu susahlah hendak menang.

Calon lama hendaklah diberikan taklimat kenapa mereka ditukar dengan menerangkan kepada mereka CV calon baru kerana pengundi muda tidak lagi memadang keutuhan pemimpin politik. Mereka mahu pemimpin ekonomi dan pemimpin yang dapat membantu mereka mendapatkan pekerjaan.

Sekian untuk Kedah.

Sepatutnya semau pemimpin UMNO pergi ke Pulau Pinang, Selangor Kelantan dan juga Terengganu. Tak usah lagi pergi tempat yang menang (Johore, Melaka, Sarawak , Sabah dll), rugi duit UMNO sahaja. Begitu juga di PERAK attack tempat yang kalah. Jangan peduli tempat yang sudah tentu menang seperti Pangkor, rugi duit UMNO sahaja.

Kalau terlampau banyak duit lebih baik berikanlah kepada saya. Tak perlu 'banner' atau berhujah lagi di Pangkor kerana ia sudah dalam tangan.

Saya berperang macam itulah, tapi tidak berpernagb seperti kehendak MB kita. Tempat yang menang buat apa berperang lagi. Saya mengajar Tamadun Dunia. Mereka (tamadun masa lampau) tidak berperang (merugikan duit (peluru)) di tempat yang menang. Saya ingat BN Perak mesti faham cadangan saya ini. Saya rasa pegawai penerangan UMNO tidak belajar tentang kebangkitan tamadun/keruntuhan lampau.