Sebuah projek perumahan swasta kos rendah akan dibina di satu tapak seluas sekitar lima ekar di Pekan Kubu Gajah.
Kerajaan Negeri telah meluluskan projek tersebut diatas satu tapak milik Kerajaan bagi membantu mengatasi masalah rakyat berpendapatan rendah yang tidak mempunyai rumah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar telah mengadakan lawatan ke tapak projek perumahan rumah teres tiga bilik itu.
Turut hadir ialah Ketua Kampung Tebing Tinggi, Nor Azemi Sabran dan Ketua UMNO Cawangan Kubu Gajah, Abu Samah Aliddin.
Tapak projek tersebut terletak berdekatan Rancangan Kampung Tersusun Kubu Gajah dan beberapa buah lot rumah Kedai juga dijangka akan dibina berdekatan dengan projek tersebut tidak lama lagi.
Pembinaan projek perumahan tersebut adalah diantara perancangan untuk memajukan lagi Pekan Kubu Gajah termasuk mewujudkan pusat pentadbiran Kerajaan.
Satu lagi projek rancangan Kampung Tersusun 1 Malaysia juga telah dirancangkan dibuka di DUN Kubu Gajah dan satu tapak telah dikenalpasti bagi tujuan tersebut.
0 comments:
Post a Comment