Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batu Kurau bercadang melibatkan diri dalam perladangan Kelapa Sawit bagi meningkatkan hasil pendapatannya tidak lama lagi.
Pengerusi PPK Batu Kurau, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar projek itu akan diushakan di tanah miliknya seluas 140 ekar di Ijok.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah berkata demikian ketika berucap meresmikan Mesyuarat Agung Unit Peladang Sungai Ara, dekat Batu Kurau.
Turut hadir Ahli-Ahli Lembaga Pengarah PPK Batu Kurau, Pengurus Besar PPK, Haji Sabri Zainol dan Ketua Unit Peladang Sungai Ara, Haji Abdul Halil Abdullah.
Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berkata PPK Batu Kurau juga menjalankan kempen untuk menarik lebih ramai remaja menyertai PPK termasuk mengadakan seminar dan kursus.
Satu karnival sukan termasuk pertandingan Futsal akan turut dianjurkan bagi menarik minat remaja menanggotai Unit Peladang kawasan.
Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin juga berharap unit-unit Peladang bergerak aktif bagi menambah minat ahli-ahlinya untuk terus bergiat aktif menjalan aktiviti pertanian dan ternakan.
0 comments:
Post a Comment