Template by:
Free Blog Templates

8 March 2012

Dermasiswa












Ibubapa dan penjaga merasa kesal dan dukacita atas sikap segelintir pelajar yang sanggup menyalagunakan baucer buku yang dikeluarkan oleh Kementerian berkenaan.

Mereka sebaliknya menggesa Kerajaan menggunakan kaedah lain yang lebih berkesan bagi menyekat perbuatan yang tidak bermoral itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap di majlis penyampaian Dermasiswa Kerajaan Negeri, petang tadi.

Seramai 15 orang Pelajar peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah menerima dermasiswa tersebut yang berlangsung di Dewan Orang ramai Kampung Tersusun Kubu Gajah.

Turut hadir Ketua-Ketua Kampung dan Ibubapa pelajar berkenaan.

Dermasis anjuran Yayasan Perak itu adalah atas inisiatif Kerajaan Negeri Barisan Nasional (BN) pimpinan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir semenjak mengambil alih pentadbiran daripada Pakatan Pembangkang.

Dermasiswa itu disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan lagi bebanan keluarga pelajar sambil dijadikan dorongan agar tidak ada ibubapa atau penjaga yang patah semangat untuk menghantar anak-anak mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Begitupun, itu hanya sekadar peringkat awal, tetapi bagi menentukan kejayaan anak-anak mereka ibubapa dan penjaga haruslah berusaha dan bekerja keras lagi.

Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar sentiasa memberikan perhatian dalam menjaya dan memajukan bidang Pendidikan di Neger ini.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Banyak universiti sekarang menggunakan modul sendiri tanpa buku teks tambahan (inklusif)

Ada modul yang dikeluarkan sendiri oleh pensyarah yang mengajar kursus yang mereka jalani.

Kalau kita beli modul dari penyarah 100% menjurus kepada apa yang diajar mereka tidak dapat menerima vocher.

Masa tamat tempoh laku voucer ini ialah sebelum April.

Sampai sekarang anak saya tak dapat gunakan voucher kerana modul telah disediakan universiti.