Template by:
Free Blog Templates

10 March 2012

Tanah runtuh









Jabatan parit dan saliran (JPS) digesa mengambil tindakan segera keatas beberapa tebing sungai yang menjadi laluan utama penduduk di sekitar Ijok telah runtuh dan membahayakan.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar membuat gesaan tersebut selepas melawat tebing sungai dikampung sangkut dan dekat jambatan kampung Teras, Ijok petang tadi.

Keadaan cukup bahaya dan di kampung Sangkut hanya tinggal beberapa meter sahaja jalan kampung dan jika berlaku tanah runtuh lagi perhubungan kesitu akan terputus.

Hujan turun lebat sejak kebelakangan ini, banjir kilat sering berlaku dan air sungai deras.

Justeru saya berharap JPS akan segera melaksanakan kerja-kerja membaiki tebing sungai berkenaan bagi menggelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

JPS juga diminta memantau keadaan sungai-sungai disekitar Dun Kubu Gajah yang sering diancam banjir setiap kali hujan lebat.

0 comments: