Masyarakat Luarbandar harus memiliki jiwa dan cita-cita besar dan bersedia bersaing dengan mereka yang telah berjaya dalam mengeluarkan produk tempatan.
Negara kini terlalu banyak bergantung kepada mengimpot barangan makanan, sedangkan rakyat tempatan juga berkemampuan menghasilaknya jika mereka bersedia untuk bekerja keras.
Produk tempatan juga mampu menembusi pasaran antarabangsa jika mereka menjaga dan menggekalkan kualiti dan pengeluaran mereka.
Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batu Kurau, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar ketika berucap meresmikan Mesyuarat Agung Unit Peladang Kampung Sempenah, petang tadi.
PPK Batu Kurau berhasrat mengenahkan produk ahli-ahlinya ke pasaran yang lebih besar dan antarabangsa.
Perbincangan telah diadakan dengan beberapa ahli yang bersedia untuk pergi lebih jauh hingga menembusi pasaran an Luar Negara, tetapi masih ada yang harus dibereskan terlebih dahulu, sebelum perjanjian kedua belah pihak dilaksanakan.
Pada masa yang sama, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah mengingatkan ahli-ahlinya agar tidak bersikap rendah diri dan mudah patah semangat dalam mencapai kejayaan.
Ibarat kata perpatah, berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian.
0 comments:
Post a Comment