Template by:
Free Blog Templates

11 May 2012

UMNO





Ketua UMNO nahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B, Raja Haji Omar turut hadir di perhimpunan raksasa sempena ulang tahun sambutan UMNO di stadium bukit Jalil malam tadi.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam ucapan yang membakar semangat 100,000 orang UMNO menegaskan himpunan ini bukti jelas sokongan UMNO tidak luntur.

Ucapan Datuk Seri Najib yang juga Perdana Menteri disambut dengan tepukan gemuruh oleh pemimpin dan ahli UMNO yang membanjiri stadium tersebut.

Stadium bukit jalil yang dibina untuk sukan komanwel di era Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengingatkan saya kehadiran lebih 100,000 penonton final piala Malaysia antara Perak-Terengganu yang pertama kali diadakan disitu pada 1998.

Semangat yang ditunjukkan itu juga mamberi isyarat dan kenyakinan UMNO dan kenyakinan Barisan Nasional (BN) mampu mencapai kemenangan cemerlang pada pilihanraya umum (PRU) ke 13.

Himpunan gelombang merah di bukit Jalil malam ini adalah yang terbesar pernah UMNO anjurkan sejak 66 tahun penubuhannya, kata timbalan presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan Perdana Menteri.

Sementara itu, Tan Sri Arshad Ayub dan Puan Adibah Amin diumumkan tokoh melayu terbilang 2012 di himpunan ulang tahun UMNO ke 66.

Terdahulu, Presiden UMNO dan Datin Seri Rosmah Mansur diarak masuk ke pentas utama stadium Bukit Jalil dengan diiringi bunyi trumpet memenuhi segenap ruang, dan dimeriahkan dengan merah.

0 comments: