Template by:
Free Blog Templates

13 May 2012

Daftar


















Kelab atau persatuan sukan serta reaksi yang ditubuhkan yang belum berdaftar digesa agar berbuat demikian.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berkata mana-mana badan sukan dan sosial yang lain yang ditubuhkan wajib berdaftar jika tidak sukar bagi mereka untuk mendapatkan peruntukan dari Kerajaan.

Ia juga bagi memastikan penubuhan kelab tersebut dibuat dengan adanya pengurusan yang bertanggungjawab dan bukan setakat hidup bagaikan hangat-hangat tahi ayam atau bermusim.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berkata demikian ketika berucap merasmikan pertandingan sukan pentaque terbuka Dun Kubu Gajah pagi tadi.

Turut hadir penolong pegawai belia dan sukan daerah Larut, Matang dan Selama, Nasaruddin Mawi, pegawai KEMAS daerah, Faridah Saihan, pengerusi kelab petanque Dun Kubu Gajah, Abdul Karim Ismail, ketua kampung Tebing tinggi, Nor Azemi Sabran dan ketua UMNO cawangan Kubu Gajah, Abu Samah Aliddin.

Labih 100 orang peserta termasuk dari daerah Kerian mengambil bahagian dalam pertandingan tahunan yang diadakan di gelanggang pentaque di padang majlis daerah Kubu Gajah.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menambah sukan penting kerana memupuk semangat perpaduan.

Mengenai sukan pentaque beliau berharap ia dapat dikembang dan dipopularkan serta manjadi acara sukan Malaysia (SUKMA).

Mengenai pembinaan padang tiruan RM 1.5 juta di Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berharap kemudahan tersebut akan menjadikan Kubu Gajah pusat sukan tumpuan kelak.

0 comments: