Hasrat seorang ibu tunggal di Bagan Baharu, berdekatan Ijok memiliki rumah sendiri akhirnya tercapai juga.
Azizah Binti Awang , 44 tahun amat terharu bercampur gembira menerima rumah tersebut,pagi tadi.
Ahli dewan undangan negeri (AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) KUBU GAJAH, DATUK SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN B. RAJA HAJI OMAR Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar menyampaikan kunci rumah tersebut kepada Azizah dalam satu majlis ringkas.
Turut hadir ahli majlis daerah Selama, Nizar Saidin dan bendahari jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) kampung Sungai Segar, Ahmad Shakiri.
Rumah tiga bilik berharga RM 33,000 adalah bantuan felcra kepada rakyat miskin.
Azizah yang mempunyai lapan anak pada masa ini menumpang rumah sewa di Felda,Ijok.
Azizah menbgucapkan jutaan terima kasih diatas keperhatinan wakil rakyat dan kerajaan Barisan Nasional (BN) membantu beliau.
1 comments:
YMDS
Jika mereka tiada tanah kita boleh kumpulkan mereka yang miskin di satu kawasan perumahan seperti di Gua Musang untuk membangunkan pekan kecil seperti Kubu Gajah dan Ijok.apized
Post a Comment