6 May 2012
Sukan
Dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah bakal menjadi pusat sukan berikutan pembinaan padang tiruan berharga rm 1.5 juta tidak lama lagi.
Ini adalah kerana lampu limpah yang akan dibina menjadi Kubu Gajah sebagai padang pertama di daerah Larut, Matang dan Selama memliliki kemudahan bermain waktu malam.
Pekara ini dinyatakan oleh ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar selepas melawat tapak padang tiruan di padang majlis daerah Kubu Gajah, tengah hari tadi bersama media.
Turut hadir penolong pegawai belia dan sukan, Nasaruddin Mawi dan ketua-ketua kampung dan cawangan UMNO.
Selain daripada stadium Perak, tidak banyak padang dan mini stadium yang memiliki kemudahan lampu limpah.
Dengan kemudahan tersebut juga diharap membuka era baru kepada pembangunan Kubu Gajah yang akan menjadi tumpuan ramai.
Pembinaan padang tersebut ternyata Kerajaan mahu lebih ramai atlit dan ahli sukan luarbandar dapat dilahirkan.
Ia juga secara tidak langsung membantu mengatasi masalah kemudahan sukan di luarbandar selama ini.
Diantara kemudahan yang akan dibina dibawah padang tiruan itu ialah grand stand dan bilik persalinan,track atau balapan dan kemudahan gym.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment