Template by:
Free Blog Templates

17 May 2012

KEMAS




















Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diminta memberi penjelasan kenapa ada penerima vocer RM 500 bantuan rakyat 1 Malaysia (BR1M) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah tidak dibenarkan mengambil wang tunai di Bank yang ditetapkan.

Penerima berkenaan seorang warga emas dijemput oleh JKM pada 12 Mei yang lalu untuk menerima voucer br1m di Pejabat Penghulu Mukim Ijok.

Perkara ini ditimbulkan dalam majlis dialog Pegawai dan Pemaju Masyarakat Kemas dalam Parlimen Larut bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar di Kampung Teras, petang tadi.

Turut hadir Pegawai Kemas Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS). Faridah Sailan dan Penyelia Kemas Parlimen Larut, Nordin Abu Hassan di Pusat perkelahan Lata Panggung.

Penjelasan itu perlu bagi memperbetulkan kekeliruan yang timbul dan menggelakan sebarang sangkaan negative terhadap br1m Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berniat baik itu.

Menurut Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin, perkara itu berlaku barangkali individu berkenaan tergolong dalam senarai mereka yang menerima dua kali mengikut rekod yang ada.

Cuma yang menjadai tanda Tanya kenapa individu berkenaan jika sudah pernah menerima br1m sebelum ini, masih dijemput untuk menerima voucer tersebut.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menegaskan, beliau sendiri pernah meminta mana-mana agensi Kerajaan yang ingin member sebarang bantuan agar terlebih dahulu merujuk perkara tersebut dengan Ketua-Ketua Kampung berkenaan bagi menggelakan berlaku sebarang pertindihan.

Ketika berucap di majlis tersebut yang dihadiri hampir 70 orang, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Larut menyeru agar anggota Kemas sentiasa mendokong prinsip dan dasar Kerajaan BN.

Sebagai agensi penting Kerajaan, mereka diminta agar sentiasa turun padang dalam memberikan penjelasan dasar Kerajaan untuk membangun dan memajukan Negara.

2 comments:

Anonymous said...

Kerjaan memang berniat baik tapi saham Sapura Kencana mula merudum.

Mungkin FGVH juga ikut jejak Sapura Kencana kerana terlalu banyak di pasaran.

Ia sudah mulai turun kurang 2 ringgit. Saya rasa FGVH juga ikut jejak yang sama kerana nak bayar duit pinjaman bank terpaksalah jual hari pertama.

Cadangan saya UMNO hendaklah mengenal pasti penganalisis dan perancang yang berwibawa untuk perancangan sesuatu.

Sebagai contoh berikanlah alat penagkap ikan kepada nelayan. Jangan beri BR1M kalau bantuan hendak menjadi kenangan lama (klasik nasional)

Anonymous said...

YMDS,

Kemas sepatutnya menyebar maklumat seperti yang dikhutbahkan hari ini.

Saya mengajar mata pelajaran Tamadun Masyarakat Dunia.

Kadang2 saya lihat macam ada 3 golongan masyarakat Melayu.

Golongan pertama ialah mereka yang mempejuangkan masyarakat Melayu. Kalau boleh ia (Melayu ini) jadi wakil rakyat. Bila pencen jadi Senator/duta dan Pengurusi/pengarah syarikat. Kalau dapat kerja sebagai Mentri MITI lagi hebat.Perjuangan mereka inilah yang dapat membantu meramaikan orang Melayu dikedudukan yang tersohor. Kalau tidak orang Cina sahaja yang tersohor.

Golongan kedua berpendapat perjuangan Melayu tidak lagi relevan. Contoh: Meritokrasi (survival of the faetus). Bahasa Inggeris sahaja yang dapat menjadikan anda CEO syarikat, pandangan global dll. Macam otak Amerika satu Malaysia jadi SATU DUNIA.

Golongan ketiga hanya berserah. Parti mana naik pun saya masih begitu juga. Anak saya yang pertama jadi askar, anak kedua jadi polis dan ketiga jadi cikgu, jadilah, syukuran.

Akhirnya akan menjadi empayar kesultanan Melayu di Sumatra Timor pada tahun 1946. Islam di Spain kurun ke 12/13 dll.

Inilah isi pati khutbah hari ini tentang tamadun yang lupa daratan.