29 May 2012
Jalan rebak
Jalan baru teras-Ulu Mengkuang yang baru dibuka baru-baru ini dikhuatiri mendatangkan bahaya kepada pengguna kerana berlaku tanak rebak dan runtuh.
Anehnya jalan ini baru sahaja siap dan dibuka untuk digunakan oleh orang ramai ke Ulu Selama dan tempat-tempat lain, tetapi ia sudah rebak dan membahayakan jika tidak dibaiki segera.
Ahli dewan undangan negeri 9ADUN) Kubu Gajah, Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar membuat lawatan ke tempat berlaku tanah rebak dan membahayakan itu.
Beliau telah maklumkan pekara itu kepada jabatan kerja raya (JKR) dan dalam mesyuarat tindakan daerah diberitahu peruntukan lebih RM 200,000 diperlukan bagi kerja baik pulih.
Masalahnya jika kerja-kerja baik pulih tidak disegerakan berlaku lagi tanah rebak dan runtuh akhirnya jalan itu terpaksa tutup kerana bimbang berlaku rebak yang lebih besar dan jalan terputus.
Menurut jabatan parit dan saliran (JPS), pembinaan saliran disitu tidak cukup besar untuk pembetungan air mengalir dengan baik.
Mesyuarat tindakan yang dipengerusikan pegawai daerah, Datuk Harun Rawi memandang serius kejadian tanah runtuh dan membahayakan keselamatan pengguna jalan tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment