Template by:
Free Blog Templates

16 May 2012

FAMA































FAMA dicadangkan menggurus semua Pasar Malam dan Pekan sebagaimana mereka menggendalikan Pasar Tani bagi mempastikan kelincinan perjalanan perniagaan pasar tersebut.

Ramai peniaga pasar malam dan pekan hari mengalamai masalah untuk menentukan tapak untuk mereka berniaga dengan lebih selesai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar berkata, dengan adanya pembabitan FAMA ia akan dapat membantu meningkatkan pasaran peniaga pasar malam dengan lebih stabil dan baik.

Beliau berkata demikian selepas meresmikan kempen berjimat di Dapur Pasar Tani di perkarangan Dewan terbuka Pekan Mesjid, Ijok petang tadi.

Turut hadir Timbalan Pengarah FAMA Negeri, Mukram bin Mustaza dan pegawai-pegawai FAMA.

Pelancaran kempen berjimat di dapur di Pasar Tani Kampung Mesjid, Ijok adalah yang ke empat daripada kesemuanya 21 tempat di seluruh Negeri.

Sehubungan dengan itu, beliau menyarankan agar FAMA bekerjasama dengan pihak berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengatasi masalah tapak pasar malam dan pekan hari.

Kempen itu bertujuan menggalakan penduduk agar berjimat dengan menanam sendiri sayur-sayuran untuk makanan harian mereka bagi menggurangkan kos mengimpot bahan tersebut daripada Luar Negara.

Ia juga bagi menggalakan masyarakat untuk bercucuk tanaman dan memasar sendiri segala hasil pengeluaran mereka di pasar-pasar tani yang disediakan oleh FAMA.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya selalu jual pisang di Simpang Taiping, Jalan Jeti Bagan Serai, Sungai Bayor dan Batu Kurau.

Boleh tidak YMDS galakkan FAMA membeli lebih mahal sedikit pisang kami daripada 'kedai' di atas?.

Nilai ini lebih mahal dari BR1M