Template by:
Free Blog Templates

1 May 2012

Padang





































Sebuah padang Bola Sepak tiruan berharga RM 1.5 juta akan dibina di Kubu Gajah dan merupakan yang pertama di Parlimen Larut.

Kementerian Belia dan Sukan memilih Kubu Gajah dan satu lagi kawasan di Perak bagi pembinaan padang tiruan tersebut, bermakna setakat ini cuma terdapat dua buah padang berkenaan di Negeri ini setakat ini.

Demikian diumumkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar ketika berucap meresmikan pertandingan Sepak Takraw Belia Kubu Gajah, pagi tadi.

Turut hadir Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Larut, Matang dan Selama, Nasaruddin Mawi, Ketua Kampung, Nor Azemi Sabran, Ketua UMNO Cawangan Kubu Gajah, Abu Samah Aliddin dan Pengerusi Jawantankuasa Penganjur pertandingan tersebut, Azemi asmuni di yang diadakan di gelanggang sepak takraw padang Majlis Daerah Kubu Gajah.

Projek Kementerian Belia dan Sukan itu lengkap dengan Lampu Limpah untuk permainan pada sebelah malam dan padang tiruan itu akan menggantikan padang Bola Sepak sedia ada di Kubu Gajah.

Kubu Gajah dipilih memandabgkan beberapa kemudahab sukan yang sudah sedia ada di situ seperti Tempat duduk berbumbung yang hanya perlu dinaikan tarafnya sahaja.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menambah, pada masa ini di padang tersebut juga suda dibina empat gelanggang bagi sukan Pentaque dan juga merupakan yang pertama di Parlimen Larut serta yang kedua di Perak.

Pembinaan projek tersebut yang dijangka bermula tidak lama lagi akan dapat meningkat lagi pembangunan dan kemajuan sukan luarbandar, selain mengcungkil bakat baru,

Padang tiruan itu adalah cetusan idean Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak Razak yang ingin mewujudkan 30 padang 1 malaysia di seluruh Negara.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bersama Nasaruddin turut melawat dan tapak padang tiruan di Kubu Gajah.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin mengucapkan Terima Kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Sabree Cheek dan Pegawai-Pegawai Kementerian diatas pemilihan Kubu Gajah bagi pembinaan padang tiruan tersebut.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Tahniah YMDS atas kejayaan YMDS hendak membina padang yang sedemekian rupa di Kubu Gajah.

Untuk permulaan YMDS adakanlah pertandingan cawangan/kampung/Sekolah Rendah/ estet bagi bola/badminton dikawasan ADUN Kubu Gajah.

Lagi satu yang saya shorkan ialah YMDS menggalakkan Sime Darby, Boustead dan Genting Pantations membina rumah pekerja mereka di Kubu Gajah (di tanah mereka sendiri) supaya Pekan Kubu Gajah akan berkembang seperti Selandar di Melaka atau Pengerang di Johor.

Terima kasih.