Template by:
Free Blog Templates

12 May 2012

Kemas










Pegawai dan kakitangan Kemas digesa bersedia meningkatkan kreativiti dan kemahiran mereka dalam memajukan masyarakat luarbandar.

Mereka harus bersedia menjalankan tanggungjawab yang lebih global dengan mendalami ilmu dan menambahkan pengalaman yang luas bagi membantu Kerajaan membudayakan transformasi kemajuan.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bim Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap di majlis penyampaian hadiah sukan pegawai dan anggota Kemas di Batu Kurau, tengahari tadi yang turut dihadiri pegawai Kemas daerah LMS, Faridah Sailan.

Seramai 400 orang peserta mengambil bahagian dalam sukan yang melibatkan wakil-wakil dari Larut, Taiping, Bukit Gantang, Bagan Serai dan Parit Buntar di mini stadium astaka Batu Kurau.

Kemas adalah agen penting Kerajaan sebagai penhubung dengan masyarakat diperingkat akar umbi.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin juga berharap Kemas memperbanyakkan lagi aktiviti yang boleh mempertingkatkan perpaduan rakyat.

Kemas kini semakin diminati ramai terutama program yang melibatkan wanita dan pra sekolah.

0 comments: