Template by:
Free Blog Templates

17 May 2012

Lawat




Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar meluangkan masa melawat seorang Warga Emas yang uzur di rumahnya di Kampung Tersusun Kubu Gajah, petang tadi.

Jamayah binti Abdul Rahman, 69 tahun yang juga Ibu Tunggal tinggala bersama anaknya, yang juga ibu tunggal yang mempunyai tiga orang anak.

Saya amat simpati dengan nasib yang dialami oleh Jamayah yang kini terlantar sejak beberapa bulan yang lalu.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Tebing Tinggi, Nor Azemi Sabran dan Ketua UMNO Cawangan Kubu Gajah, Abu Samah Aliddin.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Minta Cikgu Abu Samah Aliddin buat memorandum supaya mereka yang mengajar sahaja mendapat anugrah guru cemerlangsempena hari guru.

Saya lihat ramai yang dapat tu hanya pentadbir dalam institusi pendidikan.

Seperti Tan Sri Omar Hashim sudah tidak menjadi guru selama 20 tahun yang lampau pun kena pilih untuk anugrah. Belau cepat naik pangkat jadi tak lama mengajar. Mereka sendiri ramai terkejut kerana terpilih. Adakah Menteri Pelajaran tahu tentang perkara ini?

Saya berhenti jadi guru kerana perkara yang sebeginilah yang banyak berlaku.

Kita yang ramai meningkatkan peratusan jumlah kelulusan pelajar tidak diberikan anugrah.

Anonymous said...

YMDS,

Saya juga memohon YMDS menulis pekerjaan mereka yang YMDS lawati sebelum mereka sakit/lain2 hal.

Saya ingin tahu sama ada mereka penoreh getah, penebas, penanam kelapa sawit, penternak, dll.

Saya takut YMDS beri bantuan kepada mereka yang tidak pernah bekerja sejak muda lagi. Maksud saya orang 'malas' atau ada anak tapi tidak membantu.

Cuba bayangkan semasa YMDS jadi pemberita sambilan dahulu boleh menyara keluarga YMDS tapi sekarang ini adakah anak mereka yang dapat bantuan tidak langsung membantu ibu bapa mereka?