Template by:
Free Blog Templates

18 May 2012

Jalan















Kerajaan akan membelanjakan RM 20,000 bagi menai taraf jalan di Kampung Sungai Segar tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar berkata demikian selepas melawat jalan tersebut, petang tadi.

Pembinaan projek tersebut akan member kemudahan kepada kira-kira lapan buah rumah di situ dan jalan tersebut adalah satu-satunya perhubungab mereka.

Jalan itu dibina sejak lebih 20 tahun yang lalu dan mereka amat berterima kasih kepada Kerajaan diatas peruntukan untuk memperbaiki jalan tersebut bagi kemudahan terutama pelajar sekolah.

Turut hadir Ketua Kampung Sungai Segar, Haji Zulkifli Ahnad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Jika YMDS turun padang dan tanya orang kampung yang mendapat tanah kurnia dari Sg. Dendang hingga ke Bagan Baru.. Kenapa mereka menjual tanah mereka?

Kalau saya tanya mereka katakan mereka tidak mampu membina jalan masuk ke kebun. Naik basikal pun terpaksa basikal tersebut dituntun.

Apabila dijual kepada orang yang sama barulah jalan tersebut mereka bina.

Kerajaan masih menumpukan pembangunan sosial manakala ekonomi rakyat miskin tidak melonjak kerana mereka telah menjual tanah mereka.