14 May 2012
Felda
Seramai 599 peneroka tanah rancangan felda Ijok dalam dewan undangan negeri (DUN) Kubu gajah menerima durian runtuh berjumlah Rm 2.99 juta hari ini.
Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar, yang juga ketua UMNO bahagian Larut mengetuai majlis penyampaian cek kepada peneroka-peneroka tersebut di dewan felda petang tadi.
Turut hadir timbalan perusahaan perladangan dan komoditi merangkap ahli parlimen Larut, Datuk hamzah Zainuddin, penolong pengurus besar felda wilayah, Mokhtar Lateh, pengurus felda IjokM Haji Shahudin Mat dan ketua kampung felda Ijok, Haji Shukur Haji Jaman.
Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin dalam ucapan di majlis tersebut berharap para peneroka bersyukur dengan nikmat dan kemajuan yang mereka capai sepanjang berada di Felda.
Ini adalah kerana jika pada hari ini tiap-tiap peneroka menerima masing-masing RM 5,000 dan merupakan peringkat ada lagi habuan durian runtuh peringkat kedua dan ketiga juga dengan jumlah yang sama.
Ini bermakna jumlah durian runtuh untuk felda Ijok sahaja yang dibiyai oleh felda berjumlah RM 8.97 juta.
Ternyata peneroka felda amat beruntung sejak diletakkan dibawah pengawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Beliau juga berharap peneroka felda tidak mudah terpedaya dengan pihak-pihak yang cuba memburuk-burukkan felda.
Sebaliknya Perdana Menteri memberi jaminan masa depan yang lebih gemilang apabila felda dikembangkan ke pentas dan pasaran antarabangsa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Hanya tiga lot saham PGVH yang dapat dibeli dengan 15 ribu ringgit.
Bolehkah untung sehingga 30% termasuk 15% saham koperasi jika ahli koperasi masuk PGVH?.
Ada lebih baik saham GAS Malaysia diberikan kepada penorka. Harganya pun murah, 2.20 sen sesaham. Untungnya lumain macam Axiata. Disenaraikan pada 11.6.2012.
Saham PGVH 4.65 sen untungnya macam TH Plantation 12.5 sahaja.
Sepatutnya orang FELDA beli saham yang menguntungkan.
Dari:
Analisis tempatan.
Post a Comment