Senarai penerima bantuan E-Kasih harus disemak semula kerana terdapat aduan mereka yang tidak layak sama sekali turut tersenarai.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddinbin Raja Haji Omar, terkejut kerana terdapat Pegawai Kemas Gred S17 yang tersenarai sebagai penerima bantuan E-Kasih.
Nama Ketua Kampung juga terdapat dalam senarai tersebut. Kes lain, termasuk mereka yang tinggal di Kuala Lumpur dan berkereta mewah juga ada dalam senarai E-Kasih dengan alamat yang didaftar di kampung.
Justeru, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) Perak mahukan, senarai E-Kasih dirombak semula dan nama-nama yang ingin disenaraikan dibawah program E-Kasih harus dirujuk kepada Ketua-Ketua Kampung kerana mereka lebih mengetahui kebajikan anak-anak buah mereka.
Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berkata demikian selepas melawat beberapa orang warga emas yang uzur di Kampung Batu 20 dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah, petang tadi.
Bekas Imam Mesjid Batu 20, Shaari bin Buyung, 84 tahun dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah begitu terharu, menerima kunjungan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin.
Shaari yang tinggal di rumah anaknya di Kampung Tersusun batu 20, mengenali Datu Seri Raja Ahmad Zainuddin secara peribadi dan beliau adalah seorang imam yang amat disegani.
Beliau tidak menduga ADUN Kubu Gajah datang menziarahi beliau dan Shaari amat berterima kasih diatas keperhatinan Wakil Rakyat mereka.
Seorang Warga Emas, Rokiah binti Ariffin, 83 tahun juga terharu diatas kehadiran Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin ke rumah beliau juga di batu 20.
Beliau yang pernah dikunjunggi ADUN tersebut sebelum ini, tinggal bersama dengan seorang anak perempuan beliau.
Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin juga melawat seorang lagi warga emas, Hasan bin Salam, 69 tahun yang tingga di batu 20 bersama isteri seorang, bekas guru agama sebuah Sekolah menengah.
Turut hadir Ketua Kampung batu 20, Haji Mat Isa Harun yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
0 comments:
Post a Comment