Template by:
Free Blog Templates

6 May 2012

Sungai runtuh






Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar melahirkan bimbang dengan kejadian Tebing sungai runtuh semakin banyak sejak kebelakangan ini.

Yang terbaru juga melibatkan sungai Ijok ialah di kampung Bendang Luas berdekatan kampung Masjid.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin meninjau tebing sungai yang runtuh itu dan menggesa jabatan parit dan sakiran (JPS) menyegerakan perlaksanaan peruntukan rm 38 juta dibawah projek baik pulih sungai Ijok.

Turut hadir ketua UMNO cawangan Bendang Luas, Rosli Shamsuddin dan ketua-ketua kampung dan cawangan dalam Mukin Ijok.

Kejadian tebing runtuh di Bendang Luas itu juga mengancam sebuah jambatan disitu dan jika jambatan itu runtuh ia boleh menyebabkan penduduk-penduduk yang terbabit terputus perhubungan.

Justeru, kerja-kerja memperbaiki tebing yang runtuh perlu disegerakan oleh pihak berkenaan bagi menggelakkan timbul masalah perhubungan kepada penduduk.

0 comments: