Template by:
Free Blog Templates

16 May 2012

TEKUN


































Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar menyeru para peminjam TEKUN agar tampil membayar hutang mereka bagi membolehkan peminjam baru pula mendapat kesempatan yang sama untuk berniaga.

Sehingga kini iaitu dalam tempuh 11 tahun yang lalu, TEKUN telah berjaya melahirkan seramai 782 orang usahawan di dalam Parlimen Larut dengan jumlah pinjaman RM 5.2 juta.

TEKUN meletakan sasaran untuk mengeluarkan pinjaman sebanyak RM 2.13 juta bagi tempuh tahun 2012.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah berkata demikian selepas mengadakan lawatan (Program turun ke Padang) meninjau perniagaan beberapa orang Usahawan yang berjaya hasil bantuan TEKUN di sekitar Batu Kurau, Selama dan Kubu Gajah, petang tadi.

Turut hadir Pengurus TEKUN Negeri, Mohd Anuar bin Salleh, Eksekutif TEKUN Negeri, S. Sivara dan Pegawai-Pegawai TEKUN Parlimen Larut.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin melawat Kedai menjual Herba dan kosmetik milik Khadari Romli dan Saloon kecantikan yang diusahakan oleh Saleha Said di Pekan Batu Kurau.

Manakala di Selama, beliau melawat Kedai menjual peralatan memancing milik Norshariyati binti Shaari dan Homestay yang diusahakan oleh Mohamad Osman.

Di Pekan Ijok pula, terdapat satu-satunya kedai runcit yang dikendalikan oleh Nadzirah binti Yunus, isteri kepada Ketua UMNO Cawangan Kampung Mesjid.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menambah masih ada peminjam TEKUN yang bersikap Liat untuk menmyelesaikan hutang mereka, walaupun mereka telah ditemui berkali-kali oleh pegawai TEKUN.

0 comments: