Template by:
Free Blog Templates

30 May 2012

Peladang















Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batu Kurau akan mengadakan Hari terbuka peladang pada hujung bulan Jun sebagai kempen bagi menarik lebih ramai menjadi ahlinya.

Pengerusi PPK Batu Kurau, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar berkata, pada 24 Jun nanti, juga akan diadakan pameran produk tempatan hasil usaha ahli-ahlinya bagi diketengahkan hingga menembusi pasaran antarabangsa.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, berkata demikian selepas mesyuarat lembaga Pengarah PPK Batu Kurau dan juga perjumpaan dengan kesemua 22 Ketua unit Peladang dibawah naungan mereka di Bangunan Peladang Batu Kurau, pagi tadi.

Pada hari tersebuka itu juga akan diadakan pertandingan futsal di kalangan anak-anak ahli untuk menarik lebih ramai remaja menjadi ahli PPK.

Pertandingan yang diadakan di Padang Astaka Batu Kurau itu terbuka kepada semua unit PPK Batu Kurau yang perlu menghantar sekurang-kurangnnya satu pasukan merebut piala pusingan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin.

Beliau menambah, PPK juga sedang mengenal pasti tanah-tanah terbiar untuk dimajukan secara berkelompok untuk tanaman Nenas bagi pasaran tempatan.

Datuk Seri Raja AhmadZainuddin berkata satu kursus mengenai tanaman kelapa sawit juga akan dianjurkan untuk ahli-ahlinya tidak lama lagi.

0 comments: