Hasrat penduduk di Kampung Batu 21 dan 22 dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah untuk mendapat jalan tar akhirnya tercapai juga.
Kerajaan memperuntukan RM 45,000 untuk membina projek naik taraf dan jalan asas di Batu 21 dan 22, masing-masing sepanjang 10 rantai.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar mengadakan lawatan untuk meninjau jalan yang akan dilaksanakan itu.
Jalan tersebut akan member kemudahan kepada lebih 20 buah rumah di sekitar batu 21 dan 22 yang pada masa jalan mereka tidak berkeadaan baik.
Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menambah beliau telah membuat permohonan kepada Kerajaan untuk projek menaik taraf jalan kampung di sekitar DUN Kubu Gajah.
Saya menerima banyak permohonan daripada penduduk mengenai masalah jalan kampung yang perlu dipebaiki.
Begitupun, perlaksanaan projek jalan bergantung kepada peruntukan yang ada dan berharap rakyat bersabar serta memahami masalah yang tersebut.
0 comments:
Post a Comment