Template by:
Free Blog Templates

14 September 2012

Wanita



Pegerakan wanita tetap menjadi nadi penting dalam menentukan kemenangan parti pada pilihanraya umum (PRU) yang akan datang.

Justeru, peranan sayap UMNO itu tidak boleh diketepikan sama jugalah dengan pergerakan pemuda.

Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap merasmikan Agung perwakilan wanita UMNO bahagian Larut di Batu Kurau, pagi tadi.

Turut hadir ahli dewan undangan negeri (ADUN) Batu Kurau, Datuk Najmuddin Elias, naib ketua UMNO bahagian, Fauzi Kassim, ketua pemuda bahagian, Annuar Arifin dan ketua wanita, Sawipah Yahya di majlis yang diadakan di bangunan UMNO.

Kelebihan pergerakan wanita ialah ada tugas-tugas penting dalam kempen parti tidak mampu digalas oleh orang lain.

Mengenai parti, beliau yang juga Adun Kubu Gajah menyeru ahli-ahli merapatkan perpaduan dan menggelakkan bercakaran.



UMNO masih relevan kepada perjuangan orang melayu dan ini dapat dilihat sambutan ramai dalam setiap program yang dianjurkan termasuk jamuan hariraya aidilfitri.

Janganlah bagaikan untung secupak rugi segantang sekira ahli-ahli parti lebih mengutamakan perebutan daripada pilihanraya.




Beliau mengingatkan walaupun UMNO masih kuat dan unggul, tetapi tidak mustahil ia menjadi seperti nasib parti-parti kongres di India,Golkar di Indonesia dan LPD di Jepun.

1 comments:

Anonymous said...

Wanita minta tambah kursi.

Tambah kursi tak penting.

Yang penting sekali jika wanita ada masalah elakkan mereka memegang jawatan supaya orang kita/baru boleh masuk.

Kumpulan bodek janganlah calon mereka untuk memegang jawatan dalam UMNO jika timbul masalah tentang mereka walaupun berita angin sekali pun.

Kalau kita kekalkan calon bermasalah sudah tentu pengundi muda tidak akan mengundi BN.

Anak saya selalu tanya pemimpin UMNO yang ada masalah.

Tapi saya terangkan kepadanya hanya jika mahkamah mendapati seseorang itu bersalah barulah ia digugurkan dari UMNO.

But HE IS MORE EDUCATED THAN ME walaupun saya tahu Bahasa Inggeris.

Orang muda masih percaya berita angin. Kalau kita di LMS nak kalah pun disebabkan kaum muda yang percaya berita angin dari lamanweb.