11 September 2012
KEMAS
KEMAS disaran agar meningkat usaha memajukan produk-produk tempatan ke pasaran antarabangsa.
Menggalakkan pengusaha-pengusaha tempatan menceburkan diri dibidang industri sahaja belum cukup, jika hasil mereka tidak mampu diketengahkan ke pasaran luar negara.
Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika merasmikan majlis jamuan hariraya aidilfitri KEMAS parlimen Larut di Selama, petang tadi.
Pengarah KEMAS Perak, Kamal Idris, Pegawai KEMAS Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS), Faridah Sailan, Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Larut, Nordin Abu Hassan dan Pemimpin Komponen Barisan Nasional (BN) adalah diantara yang hadir di majlis yang diadakan di perkarangan Bangunan KEMAS di Sungai Terap.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah menegaskan rakyat harus mengambil peluang untuk mengeratkan Silaturahim dan perpaduan kaum sepanjang sambutan Hariraya Aidilfitri, Hari Ulangtahun Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada 16 September ini.
Katanya, Masyarakat harus menghindarkan diri daripada fitnah yang ditaja oleh pihak-pihak yang berhasrat menjatuhkan Kerajaan pimpinan BN.
Menjelang Pilihaanraya Umum (PRU) maka akan muncullah watak-watak yang gemar melihat perpecahan dan huru-hara di Negara yang berbilang kaum ini.
Beliau berharap KEMAS akan terus berperanan mendekati rakyat dan menjelaskan segala dasar Kerajaan untuk membangunkan masyarakat dan Negara.
Beliau turut menyampaikan sumbangan Hariraya kepada kanak-kanak di majlis tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Belum sempat ke pasaran kera sudah habikan semuanya.
Sebab itu saya syorkan YMDS turun padang dengan menyertai program YMDS
syorkan seperti menanam betik di tanah YMDS di Tebing Tinggi supaya YMDS dapat menghayati masalah penduduk sama ada dapat memasarkan buah betik YMDS ke luar negara atau tidak.
Baru2 ini MB kita membayangkan ada alon baru bagi PR13
Sepatutnya YB seperti YB Selinsing yang diberikan tempat yang sesuai selepas berhenti dengan rela hati.
Yang berhenti tanpa rela hati (kalah) seperti YB Samy Vellu sepatutnya tidak patut diberikan jawatan setelah kalah.
Ramai lagi ahli MIC yang boleh jadi special envoy ke India tidak dilantik tapi kita masih mengagong2kan yang kalah macam mana orang India tidak iri hati. Begitu juga dalam UMNO. Yang kalah diberi kedudukan yang setimbal. Orang UMNO yang lain kita tak pedulikan.
Post a Comment