8 September 2012
Tetangga
Sektor rukun tetangga merupakan agen penting dalam memupuk semangat perpaduan masyarakat dan kaum di negara ini.
Justeru, bertepatan sekali sektor rukun tetangga (RT) diperkenalkan Kerajaan dan harus digalakkan penubuhannya.
Pekara ini dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar di majlis perasmian jamuan hari raya aidilfitri RT dalam bahagian Larut di Kubu Gajah, pagi tadi.
Turut hadir pegawai perpaduan daerah Larut, Matang dan Selama, Swarno Bin Mohd Arjo, penolongnya, Haji Radzi Kamaruddin dan pengerusi RT Kubu Gajah, Abdul karim Haji Ismail di majlis yang diadakan di dewan kampung tersusun Kubu Gajah.
Pada masa ini terdapat lebih 80 buah sektor RT dengan 160 orang jawatankuasa termasuk 13 buah di Larut.
Sambutan menubuhkan sektor RT begitu menggalakkan, tetapi ia mengambil masa terlalu lama hingga dua tahun.
Justeru, beliau berharap proses pendaftaran menubuhkan RT dapat dipercepatkan bagi menggelakkan rasa hilang semangat mereka yang berhasrat.
Setiap sektor RT menerima peruntukan lebih RM 4,000 untuk urusan pentadbiran setiap tahun daripada Kerajaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment