25 September 2012
Jambatan
Jabatan kerja raya (JKR) dan jabatan parit dan saliran (JPS) diminta agar bertindak segera memperbaiki jambatan kampung Masjid ke kampung Sangkut yang diancam hakisan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar melawat jambatan tersebut selepas sidang dewan undangan negeri (DUN) petang tadi.
Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bimbang jika hakisan itu tidak segera diatasi ia akan mendatangkan kesulitan kepada pengguna jambatan tersebut samada mereka yang tinggal berdekatan atau yang datang dari Grik, Kelantan dan juga Thailand.
Penahan tebing jambatan tersebut dihanyut oleh hakisan tanah yang runtuh.
Jambatan tersebut merupakan perhubungan utama Ijok dan jika berlaku sesuatu ia akan menyebabkan terputus hubungan.
Dalam keadaan musim hujan ini, macam-macam boleh berlaku.
Turut hadir pegawai-pegawai JPS. JKR juga telah dihubunggi mengenai kejadian hakisan yang berlaku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment