Template by:
Free Blog Templates

27 September 2012

Lawat



Jawatankuasa kemajuan dan keselamtan kampung (JKKK) diminta bekerjasama dengan jabatan kebajikan masyarakat (JKM) mengenalpasti penduduk yang miskin, terutama yang uzur.




Ia bertujuan bagi memudahkan lagi permohonan mereka yang layak mendapat bantuan tersebut.


Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian selepas melawat seorang penduduk di kampung projek rakyat termiskin (PPRT) kampung Sangkut dekat Ijok.










Mohd Yusof Mat Piah, 60 tahun yang tinggal bersama isteri dan anaknya baru pulang ke rumah selepas mendapat rawatan di hospital.

Katanya, JKM berusaha membantu mempercepatkan permohonan orang ramai tetapi pada masa sama kerjasama JKKK amatlah dialu-alukan.



0 comments: