26 September 2012
Rumah YBU
Yayasan bina upaya (YBU) diseru agar menyegerakan projek membaiki sebuah rumah yang musnah akibat banjir dikampung Bendang luas dekat Ijok.
Sebahagian rumah, Sabariah Binti Md Asek, 70 tahun, telah musnah akibat hakisan tebing sungai dalam satu kejadian banjir baru-baru ini.
Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian selepas melawat rumah Sabariah petang tadi.
Ketua pegawai eksekutif YBU, Datuk Zainal Oamr dan pegawai-pegawainya telah melawat dan melulus projek baik pulih rumah Sabariah.
Tetapi, YBU ketika dihubunggi menyatakan peruntukan telah habis, sedangkan dalam sidang dewan undangan negeri (DUN) selasa 25 september lalu, anggota exco Kerajaan Perak, Datuk Shaarani Mohammad yang juga pengerusi YBU telah mengumumkan program baik pulih rumah rakyat miskin.
Sabariah yang juga ketua pergerakkan wanita UMNO cawangan Bendang Luas tinggal bersama suami dan seorang anak lelaki.
Turut hadir ketua UMNO cawangan Bendang Luas, Che Rose dan ahli-ahli jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) kampung Masjid.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment