Template by:
Free Blog Templates

15 September 2012

Shafie



Menteri kemajuan luarbandar dan wilayah, Datuk Seri Shafie Afdal bersedia menimbang pembukaan sebuah sebuah kolej RISDA Di Larut.

Bagitupun ia akan dibawa keperingkat pihak-pihak terbabit seperti kementerian pengajian tinggi.

Beliau yang juga naib presiden UMNO berkata demikian bila ditanya pemberita dalam sidang akhbar selepas merasmikan mesyuarat Agung perwakilan UMNO bahagian Larut di Batu Kurau, pagi tadi.

Turut hadir ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar dan barisan kepimpinan bahagian.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin telah membuat cadangan ketika berucap mengalu-alukan Datuk Seri Shafie.



Katanya, untuk mewujudkan sebuah kolej ia bukan sahaja memerlukan pembangunan fisikal, tetapi juga aspek-aspek yang lain.

Dengan adanya projek tersebut, ia dapat membantu meningkatkan lagi program transformasi luarbandar.

Terdahulu, ketika berucap beliau menegaskan rakyat Malaysia berbangga kerana dapat tinggal dan hidup sebagai sebuah masyarakat berbilang bangsa dengan aman sejahtera.




Kejayaan itu mendapat sanjungan masyarakat asing kerana bukan mudah membentuk sebuah negara yang stabil seperti Malaysia dengan rakyat berbilang bangsa.

Tegasnya lagi pilihanraya umum (PRU) ke 13 ini penting bagi Barisan Nasional (BN) menentukan masa depan rakyat dan Kerajaan.

1 comments:

Anonymous said...

Masih ramai orang kita salah faham tentang kolej RISDA. Mereka tidak dapat membezakan dengan pusat latihan RISDA.

Munkin kita kurang dapat markah bersabit dengan perkara ini kerana kita sudah ada pusat latihan RISDA di Perak.

Contoh kolej RISDA ialah seperti yang ada dekat Alor Gajah. Pusat latihan RISDA pula seperti yang ada dekat Kuala Kangsar.

Problem dengan Kementerian Pendidikan pula hab pendidikan ada dua di Johor (JB dan Pagoh) sebab menteri Pendidikan dari Johor.

Cuma yang boleh bantu kita Menteri kewangan ke 2.

Nampaknya pembangunan dilaksanakan siapa yang lebih berkuasa.

Yang lebih berkuasa dengan LMS ialah pusat latihan membuat perabut dan latihan yang berkaitan dengan hasil komoditi kerana kita ada Datuk Hamzah. Kalau lepas pilihan raya porfolionya munkin berubah.

Kalau orang tak mahu bagi, dia kata keputusdan kajian mendalam mesti dibuat dahulu dan ia boleh dilaksanakan berdasarkan keputusan semua pihak.

Samalah seperti jalan Selama ke Jelapang. Sudah lenyep beritanya.