Template by:
Free Blog Templates

16 September 2012

Malaysia 2



Walaupun tiada artis terkenal tampil, tetapi jamuan teh sempena sambutan hari ulangtahun Malaysia di Ijok tetap meriah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar dan penghulu mukim Ijok, Mahmud Fauzi Ghazali adalah diantara 2,500 orang yang hadir di perkarangan dewan serbaguna majlis daerah kampung masjid, Ijok.

Program yang diserikan persembahan orkes candin dari sik, Kedah bermula jam 2,30 hingga 6 petang.

Ketika berucap, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menegaskan pentingnya ditingkatkan semangat perpaduan kaum jika rakyat Malaysia ingin terus tinggal dalam keadaan aman dan sejahtera.

Peristiwa hitam 13 mei 1969 adalah disebabkan perpaduan kaum semakin terhakis akibatnya adanya kerakusan kuasa pihak-pihak tertentu.




Rakyat Malaysia seharusnya berasa bersyukur dan berterima kasih diatas kemakmuran yang negara kecapi selam 55 tahun merdeka.

Kampung Redang Panjang muncul johan dalam pertandingan kategori Kontijen paling kreatif manakala kampung Teras bagi kontijen paling ramai peserta dalam pertandingan sambutan hari Malaysia peringkat dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah.

Bagi pertandingan mewarna kanak-kanak, johan Nurmahirah Binti Abdul Manaf, 6 tahun.



Dalam pertandingan bola jaring pula, juara kampung Masjid kumpulan 1 manakala pertandingan sepak raga ratus, juara kampung sungai jernih.

Di majlis itu juga disampaikan sembangan berupa barang makanan kepada warga emas dan orang miskin.

1 comments:

Anonymous said...

!3 Mei hanya akan berlaku di bandar2 tapi ia tidak akan berlaku di mana orang Melayu lebih ramai kerana definisi Melayu itu sendiri yang membuat mereka jadi demikian.

Sebelum 13 Mei dua kali telah terjadi di Bukit Mertajam dimulakan di pasar ikan. Tapi kita katakan komunis dari atas bukit yang dalangnya untuk mengelakkan perkauman tersebar di bandar2 lain.

Begitu juga di KL kita katakan gangster yang memulakannya untuk mengelakkan ia tersebar luas.

Cara yang baik supaya 13 Mei tidak berlaku buat macam strategi Lee Kuan Yew dengan mengstrukturkan semula populasi untuk mengelakan supaya 13 Mei tidak berulang.

Kerajaan Malaysia patut belajar dari Lee Kuan Yew. Peranan UDA, IJM. PKNP, PKNS dll harus menyusun semula sebaran kependudukan mengikut nisbah kaum di bandar baik pun di kampung2 supaya 13 Mei tidak berlaku

Kita tidak boleh mengenepikan sikap iri hati sesetengah kaum.

Sebagai contoh jika saya tak jadi tok guru bolehkah saya jadi Presiden PAS?. Tak pasal2 kita jadi cemburu. Begitu juga tetang bumiputra dll. Asyik iri hati tanpa mengetahui sejarah.