Template by:
Free Blog Templates

2 September 2012

Raja



Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Sultan Aslan Shah berangkat memeriah jamuan hariraya aidilfitri peringkat daerah di Selama, hari ini.

Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah adalah diantara yang hadir di majlis yang diadakan di Padang Bandaran.

Timbalan Menteri perladangan dan komodities, Datuk Hanzah Zainuddin yang juga Ahli parlimen Larut, Adun Selama, Datuk Daud Yusop, Adun Batu Kurau, Datuk Najmuddin Elias dan pegawai daerah Larut, Matang dan Selama, Datuk Harun Rawi juga hadir.

Baginda pemangku Raja Perak di akhir majlis telah mencemar duli untuk bersalaman dengan rakyat.


Bersempena dengan lawatan tuanku, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Dan Daud dan Najmuddin turut mempersembahkan cenderahati.


Majlis jamuan hariraya tersebut turut diserikan dengan persembahan artis-artis tempatan termasuk Zur Aida, Maya dan Fazli Zainal.

3 comments:

Anonymous said...

Nampaknya Timbalan Menteri kita ada juga besama2.

Beliau berkata cukai ekspot minyak
mentah kelapa sawit hampir 19.5% bagi Indonesia bagi Malaysia 35%

Bila nak bina jalan tanah merah ke ladang kelapa sawit atau buat parit di kawasan paya supaya kami tidak menjual tanah kami kepada orang luar.

Banyak tanah kurnia dijual kerana mereka yang ada tanah tidak mampu membina jalan tanah merah untuk membawa keluar buah kelapa sawit.
Cuma sebahagian kami yang masih tidak menjual tanah kurnia.

Begitu juga tanah paya terbiar tidak boleh ditanam dengan kelapa sawit.

Adakah cukai ekspot duit sawit semunya untuk MPOB dan pembangunan sosial?

Anonymous said...

NKRA koridor utara berjanji hendak jadikan Perak Utara membangunkan kawasan pelancongan dan membangunkan modal insan selain daripada pertanian

Satu universiti (modal insan) pun tiada di Krian dan LMS.

Kabel bukit Larut pun hanya jadi mimpi. Bila kita bina kabel hutan di bawah masih kekal. Cuba tanya pencinta alam.

Pencinta alam ni double standard. Cuba suruh mereka duduk dalam hutan. Mampus mereka tidak mahu.

Di KK ada KISDAR. Di Hulu Perak sudah ada cawangan Universiti.

Tapi di LMS dan Krian ada apa?

Mungkin kalau PAS menang mereka bina cawangan Universiti Putra kerana calonnya 3 orang datang dari sana. Tapi mereka asyik berpolitik.

Kita lihat pelaburan asing banyak di Selangor, P.Pinang dan Johor.

Sebabnya berdekatan dengan pelabuhan.

Perak bina kawasan industri dekat Ipoh, jauh dari pelabuhan.

Kalau dibina di Bagan Datuk (dekat pelabuhan Kelang) dan Krian/Selama dekat pelabuhan Pulau Pinang sudah tentu FDI akan datang macam di Kulim.

Bukit Merah labih terkenal di mata dunia kalau hendak bina theme park jika dibandingkan dengan Batu Gajah. Batu Gajah terkenal dengan rumah Hantu Kelly Castle sahaja. Dari segi sejarah apa pun tiada jika dibandingkan dengan Taiping.

Anonymous said...

Kalau KISDAR hendak maju lantiklah Pemangku Raja Perak jadi cancelornya kerana YM lulus Harvard.

Begitu juga ahli senat yang lain. Kalau kita pilih orang seperti TS Zahid Nordin, KISDA akan jadi duplicate UMlah. Pilihlah mereka yang lulus dari sekurang2nya top 100 universiti di dunia supaya ia cepat naik.