Template by:
Free Blog Templates

2 September 2012

Pemuda


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar menegaskan sambutan Kemerdekaan tidak ada maknanya jika ada pihak yang cuba mencetuskan kekacauan dan huru-hara hanya kerana mereka berlainan kefahaman politik.

Semua pihak seharusnya merasa syukur kerana Negara dapat menyambut ulangtahhun Kemerdekaan tanpa sebarang ancaman keselamatan dan keamanan sepertimana Negara-Negara lain di dunia.

Kemerdekaan adalah sejarah dan membawa makna yang besar kepada rakyat dan ia tidak seharusnya diganggu oleh mana-mana pihak yang hanya kerana tidak berpuas hati dengan Kerajaan.



Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Larut berkata demikian ketika berucap di majlis sambutan Haritaya Aidilfitri Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Mohd Annuar Ariffin di Batu Kurau, petang tadi.





Kehadiran ramai pelancong dan pendatang asing ke Negara ini membuktikan bahawa keadaan di Malaysia adalah baik dan aman, justeru semua pihak seharusnya menerima keadaan ini dengan fikiran yang terbuka dan bukan hanya kerana agenda politik dan kepentingan diri sendiri mendorong untuk mereka melakukan aktiviti yang tidak mendatangkan faedah.

Negara telah mencapai Kemerdekaan selama 55 tahun dan membuktikan kemantangannya dan Kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) mampu membawa kemajuan dan kesejahteraan kepada rakyat.



Sambutan Hari Kebangsaan dan Hariraya mampu mencetuskan semangat perpaduan dan kemeseraan dikalangan rakyat berbilang kaum dan ini penting kerana ketahanan Nasional bergantung kepada perpaduan rakyat.

Beliau menambah, Kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak semakin terserlah dan disenanggi rakyat kerana beliau lebih mengutamakan kebajikan dan masalah rakyat tanpa mengira bangsa.

2 comments:

Anonymous said...

Malaysia megah dengan kejayaan dari segi kedudukan di persada dunia.

Tadi anak Tan Sri ada komen di TV tentang kerajaan tidak cuba merapatkan jurang kekayaan antara berada dan yang miskin.

Apa yang tersirat dalam cadangan beliau munkin anak Tan Sri elakkan jadi Datuk supaya kekayaan dapat dikongsikan seperti PM cakapkan tentang keuntungan FGV.

Ada juga dalam TV mahu pemimpin anak bangsawan (ciri2 pemimpin).
Kalau golongan 'pariah' tidak boleh jadi pemimpin kita takut parti komunis akan balik bertapak.

Kesimpulanya kita mesti ukur kemakmuran kita bedasarkan Indeks Ginni dan indek keamanan, bukan GNP

Untuk meningkatkan/memajukan mereka yang miskin kita mesti ada data base bagi yang berjaya untuk diketengahkan dan kita mesti juga adakan headhunting

The best of the Malays jadi pengarah KUB. The best of the Chinese jadi pengarah MULPHA dan the best of the Indians jadi pengarah MIKKA HOLDINGS.

Yang saya susah hati bila pencen dinaikkan umur. Sudah tentu 2 anak saya tak dapat kerja lagi atau pun tak naik2 pangkat sebab orang atas masih pegang kedudukan.


Anonymous said...

Saya rasa usul pemuda yang paling baik ialah tidak menggalakkan umur berpencen dinaikkan selagi ramai yang tidak dapat kerja atau pun tak naik pangakat.

Ramai mereka yang ada SPM dapat gaji hingga lima ribu sebulan di TNB

Ini bermakna kalau kita ambil orang baru kita boleh recruit 3 orang lagi orang LMS bekerja di TNB.

Contoh yang lain ialah profesor yang pencen sama dengan gaji 4 pensyarah baru.

Kita boleh ambil profesor bekerja tapi berikan maximum time scale
sudahlah kecuali yang inovatif

Saya harap pemuda LMS bentangkan usul ini di perhimpunan agong yang akan datang. Kalau tidak susahlah orang LMS nak kerja di TNB dan lain2.

Usul pemuda mestilah yang membantu pemuda.