Template by:
Free Blog Templates

23 September 2012

Pemerhati


 Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar mewakili badan perhubungan UMNO Perak sebagai pemerhati ke sidang perwakilan UMNO bahagian padang Rengas.




Persidangan yang dirasmikan oleh menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berlansung di sekolah menengah Tun Perak di padang Rengas.

Seramai 322 orang perwakilan hadir di mesyuarat tersebut yang turut meluluskan beberapa usul yang berkaitan agama dan ekonomi.

Datuk Seri Nazri yang juga ketua UMNO Padang Rengas juga mencadangkan agar tempoh pilihanraya umum parlimen dan dewan undangan negeri ditetapkan lima tahun dan bukan diadakan lebih awal.














Usul agar mendesak tindakan keatas mana-mana individu atau pihak yang menghina agama Islam dan Nabi Muhammad S.A.W juga diluluskan.














Tujuh orang perwakilan yang menang ialah Abu Hanipah Bin Abu Bakar, Hamdan Bin Puteh Mahbab, Isa Anshori bin Ismail, Abdul Rahim Bin Musa, Mohad Shuhaimi Bin Zubir, Noor Lida Binti Abdul Hakim dan Puteri Noraiza Binti Megat Noh.

0 comments: