Template by:
Free Blog Templates

20 September 2012

Rumah


Sebanyak rm 400,000 diperuntukkan untuk program membaiki rumah di kampung-kampung sekitar tanah rancangan Felda dalam dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah.

Program tersebut akan dilaksana dua fasa, peringkat pertama melibatkan 80 buah rumah yang melibatkan RM 5,000 setiap sebuah rumah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian selepas melawat beberapa buah rumah di Bendang Luas dan Redang Panjang, petand tadi.

Selepas selesai perlaksanaan peringkat pertama, sekitar bulan oktober dan november ini, program baiki rumah fasa kedua akan dilakukan awal tahun depan.

Kontraktor-kontraktor tempatan yang berkelayakan akan dilantik melaksanakan projek tersebut.


 

Dun Kubu Gajah adalah diantara kawasan yang mempunyai banyak rumah kampung yang uzur dan wajar mendapat perhatian.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin petang tadi melawat kerja-kerja membaiki rumah Tijah Binti Abdul Aziz, 75 tahun ibu tunggal di Bendang Luas yang rumahnya terlibat dalam kejadian ribut baru-baru ini.


Beliau juga melawat rumah Mad Isa Bin Sadri, 57 tahun yang mempunyai lapan anak dan Salabi Binti Maidin, 75 tahun juga ibu tunggal dan tiga anak di kampung Redang Panjang yang rumah mereka perlu bantuan.

0 comments: