8 September 2012
KEMAS
Tadika KEMAS harus menjadi contoh pra sekolah kepada tadika-tadika yang lain.
Ini kerana diasakan oleh agensi Kerajaan dan seharusnya ia menjadi contoh yang terbaik.
Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap menutup dan menyampaikan hadiah sempena hari potensi tadika KEMAS peringkat daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) di Batu Kurau, petang tadi.
Turut hadir pegawai KEMAS LMS, Faridah Sailan di program yang melibatkan seramai 150 orang pelajar dari parlimen-parlimen Larut, Taiping dan Bukit Gantang.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah brkata, sambutan untuk pembukaan tadika KEMAS semakin banyak dan beliau berharap KEMAS dapat mempercepatkan proses pembukaannya.
Beliau juga mencadangkan tadika KEMAS menitikberatkan pelajaran sejarah agar faham erti kemerdekaan.
Katanya, banyak bakat baru boleh dicungkil jika pendedahan dilakukan di awal peringkat pra sekolah.
Pertandingan nasyid, persembahan kebudayaan dan tarian adalah diantara acara yang dipertandingkan bagi memilih wakil-wakil ke peringkat tidak lama lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment