Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar meminta setiap jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mempastikan mendapat kebenaran hitam putih terlebih dahulu daripada pemilik tanah sebelum sesuatu projek itu dilaksanakan.
Ini kerana beliau tidak mahu projek yang telah dirancang dan diluluskan, tetapi bila tiba untuk dilaksanakan ia menghadapi masalah kerana tidak mendapat izin pemilik berkenaan.
Akhirnya, kemudahan yang hendak disediakan oleh Kerajaan tidak dapat disempurnakan gara-gara halangan tersebut.
Beliau berkata demikian ketika melawat kerja-kerja menaik taraf sebatang jalan di Kampung Sangkut di Ijok bernilai RM 30,000.
Turut hadir Ketua Kampung Sangkut, Haji Mat Zan Kassim. Projek jalan itu diubah selepas perlaksanaannya peringkat awal di Perkampungan Projek Rakyat Miskin (PPRT) di situ, tidak dapat dilaksanakan kerana keengganan pemilik tanah membenarkan jalan melalui tanah mereka.
Jika ini, berlaku jangan salahkan Kerajaan kerana peruntukan sudah diperolehi, tetapi disebabkan tanpa kerjasama pemilik tapak berkenaan projek seperti membina dewan, gelanggang badminton, futsal dan jalan tidak dapat dilaksanakan.
Pada masa dahulu, kelulusan pembinaan projek Kerajaan diatas tanah penduduk kebanyakan diperolehi secara lisan dan apabila mereka meninggal dunia ia akan menjadi masalah.
9 comments:
Ada orang beri kebenaran buat jalan tapi tidak diberikan jalan.
Orang yang tak beri kebenaraan pula hendak diberikan jalan
LMS banyak menaik taraf jalan tapi bukan buat jalan baru. Orang yang telah dapat ditambah lagi. Yang tiada jalan akhirnya pindah meninggalkan kampung kerana jalan yang sama dinaik taraf sampai bila2
Buatlah projek di FELCRA Sungai Malau Orangnya baik2 belaka. Semua beri kebenaran, TAK SANGKUT.
Yang sebenarnya mereka gila duit. Berilah duit untuk dapat kebenaran.
Saya rasa kerajaan masih hidung tak mancung pipi tersorong2. Orang bagi kebenaran tak mahu buat jalan. Yang tak berikan kebenaran kerajaan asyik meminta2.
Kerajaan salah fokus/sasaran agaknya kerana demam PR13
Saham FGV turun lagi bila orang dapat dividen.
90 hari lepas penyenaraian ia akan turun lagi kerana cornerstones dibenarkan jual saham mereka.
Lepas itu turun lagi kerana nak buat estet di Burma yang memerlukan wang dan dividenya akan turun.
Akhirnya Burma lawan tauke macam Indon. Harga mankin turun.
FGVH diapong sebab kita tak mahu tumpukan kepada sawit kerana harga tak menentu tapi kita nak tanam di Burma pula. Macam mana ni,
Salam untuk orang FELDA Ijok
Salam untuk FELDA Ijok
Kita takut George Soros, tapi Tabung Haji pun asyik jual beli FGVH sama seperti Gearge Soros
Kita takut George Soros tapi otak kita ramai seperti George Soros . Cuba tanya MITI untuk lihat siapa macam George Soros (mereka pakai proxy/no minees)
Cuba tanya pakar pelaburan kita di ADUN Kubu Gajah. Pak Aji (Tabung Haji) pun jual beli saham FGVH
Kita ada pakar komunikasi, Dr Dahari dari Kampung Tapah.
Tapi masih ramai orang tak tahu macam mana nak apply sesuatu macam amanah Ikhtiar dll.
Di Alor Ponsu ramai yang dapat amanat ikhtiar.
Nampaknya semua rancangan kerajaan tidak sampai ke sasaran keran JKKK sahaja yang tahu. Akhirnya kawan rapat JKKK dan UMNO yang tahu.
Yang tidak aktif dengan UMNO apa kemudahan pun mereka tak tahu.
Nak dapat baja RISDA pun susah nak dapat kerana kumpulan ini tidak dikenali pucuk pimpinan dan JKKK setempat.
Oleh yang demikian saya pohon YMDS menggunakan blog ini untuk menghebahkan maklumat yang orang kampun tak tahu. BR1M mereka semua tahu tapi macam mana nak dapat lembu free hanya orang macam Hj. Saad Pasar Kubu Gajah sahaja yang tahu.
Orang miskin tak tahu tarikh bila permohanan dibuka bagi Selama.
Yang penting sekali bila ada tanah baru hendak dibuka. Masukkan lah berita ini dalam laman web mereka.
Kalau tidak tanah baru hanya dapat diperolehi kawan2 dan keluarga mereka di Pejabat Tanah dan kawan2 JKKK. Akhirnya mereka jual tanah tersebut bila dapat geranh. Saya pohon wakil rakyat yang akan datang jangan bagi GERAN kalau mereka tidak MEMBINA rumah mereka di situ atau berhampiran kerana mereka ini adalah 'penyangak tanah' maksud saya spekulators.
UMNO mesti ada pegawai perhubungan/komunikasi untuk membantu pembangunan supaya sampai kesasaran.
Orang kawasan yang tidak membangun mestijuga dipilih jadi JKKK supaya orang situ tidak berhijrah ke Penang, Ipoh dan Taiping seperti saudara mara YMDS
Saya gembira melihat ahli parlimen Sabah.Tahniah
Mereka memperjuangkan keseimbangan pembangunan antara semenanjung dengan Sabah sepanjang masa.
TETAPI ADUN kita sejak Datuk Haji Hussein lagi tidak memprjuangkan keseimbangan pembangunan antara JAJAHAN KINTA dngan JAJAHAN SELAMA
Sepatutnya lembah Kinta ini hendaklah dibangunkan Datuk Bandar MPI sebab itu saya syorkan Datuk Bandar Ipoh mesti trouble shooting candidate untuk mengutip cukai tertunggak. Saya hairan KPI datuk bandar masih tradisional. Sepatutnya mereka yang pandai mengutip cukai yang menjadi datuk bandara Itulah yang saya maksudkan PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
Saya lihat yang sesuai untuk jawatan ini hanya pengurusi FELCRA atau YMDS sendiri.
Yang lain saya rasa tak BERANI nak kutip cukai tertunggak. Kalau cukai dapat dikutip bolehlah kerajaan Perak menumpukan Selama dan Hulu Perak. Biarkan Datuk Bandar cari duit untuk MPI. Nampaknya lepas IPOH, Batu Gajah Pula. Briah, Selama masih hutan. Kalau begitu kita undilah DAP pilihan raya yang akan datang.
Jika orang Melayu masuk DAP ramai yang marah tapi mereka tidak tahu tempat DAP yang dibangunkan BN. Syabas BN. Jangan macam US sudahlah. Tempat yahudi lebih maju dari tempat senator US.
Saya bukan anti Cina tapi pro pembanguana seimbang.
Bajet yang baru dibentangkan tidak banyak tentang pembangunan luar bandar.
Subsidi, tanam semula dan yang berkaitan ramai menganggapnya bukan pembangunan seperti yang dikehendaki orang kampung
Pembanguanan adalah seperti SRi Manjung, Sri Iskandar, Jelapang bandar seperti bandar Bardar Jengka, Bandar Baru BRIAH dsn yang bekaitan.
Saya rasa Bandar Briah yang paling bejaya yang dekat dengan kita.
Dulu di Belakang Lembah Keluang hingga Tebing Tinggi/Sg Malau banyak tanah kerajaan tapi Ustaz Aziz tak ingat nak buat seperti Bandar Briah.
Pembangunan luar bandar maksud saya seperti bandar Briah.
Salam orang FELDA Ijok
Pada 24 Desember saham FGVH akan jatuh menelentang kerana cornerstones akan jual pegangan mereka.
CPO pun akan turun lagi. Kalau tak percaya tanya pakar saham kits. Sayangnya beliau asyik berpoitip tapi ada diploma Pelaburan.
Saya takut orang Melayu kita tidak menggunakan kelulusan UPM mereka untu membantu orang FELDA yang tak tahu main saham.
KWSP asyik jual beli saham FELDA. Mana nak naik. Kesihan orang FELDA Ijok. Macam mana Tan Sri Isa nak support pada 24 Desember. Saya takut Pengarah FGV pun jual saham sebelum 24. Hanya yang boleh Tan Sri nilai balik harta FELDA dan keluarkan saham free untuk mereka yang masih menyimpan saham sampai pada tahun hadapan dan yang datang mesyuarat beri 200 ringgit seorang macam Bankrakyat.
Post a Comment