11 September 2012
Peladang
Kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna (KPDN) telah meluluskan pembukaan sebuah kedai rakyat 1M (KR1M) di Batu Kurau.
Ia akan diurus oleh pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau dengan modal sekitar RM 500,000.
Pekara itu dinyatakan pengerusi PPK Batu Kurau, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap di majlis jamuan hariraya aidilfitri di Batu Kurau, pagi tadi.
Beliau yang juga ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah berkata ia adalah yang pertama akan dibuka di parlimen Larut.
KR1M bukan sahaja memberi kemudahan kepada lebih 3,000 orang ahli, tetapi juga penduduk-penduduk Batu Kurau yang mempunyai pilihan selepas ini.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada menteri berkenaan, Datuk Seri Ismaik Sabri Yakob diatas kelulusan pembukaan KR1M itu.
PPK Batu Kurau juga bercadang membabitkan diri dalam sektor perladangan dan harta tanah dengan kemampuan simpanan sekarang sebanyak RM 2 juta.
PPK juga akan memajukan tanah seluas 140 ekar di Ijok dengan tanaman sawit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Saya harap rancangan bina insan luar bandar menjadi usul utama di Persidangan UMNO LMS kerana ada 8 institusi (termasuk cawangan)
Kalau YMDS ke US Kolej komuniti hanya untuk kawasan di mana rakyatnya tidak ramai dapat masuk universiti.
Tapi di Malaysia berbeza. Harap usul ini sapat perhatian Dato Shafie.
Tempat seperti Nabawan Keningau
patut mesti ada kolej komuniti, bukan di Kota Kinabalu.
Semangat kebangsaan hanya ada jika setem baru ada gambar Pandalela dan Lee Chong Wei, bukan pelawat di raja UK.
Adakah Mentri Kebudayaan hayati semangat kebangsaan.
Ramai orang kita faham tapi tidak dipraktikkan kerana kurang penghayatan.
Pendidikan baru menggalakkan kita berfikir tapi tidak penghayatan kerana ujiannya masih ujian bertulis bukan penghayatan dan ujian hasil
Ini bermakna lebih banyak khutbah lebih ramai orang buat dosa.
Pendidikan kita hanya tunjuk cara menoreh getah tapi bila mereka toreh terasnya yang ditoreh.
Kita lihat banyak iklan ubat lelaki tapi tiada ubat perempun dalam iklan tabloid dan iklan parti.
Diharap YMDS tidak lupa kawasan ADUN Kubu Gajah (Kubu Gajah dan Ijok) kecuali YMDS hendak bertanding kursi Parlimen 'menentang' YM Akhmal Kamaruddin. Nampaknya nepotisma berlaku tidak kira mana2 kumpulan politik, PPP Singapura mahu pun DAP.
Sebab itu saya rasa politican yang baik tak akan tunjuk kelemaham orang lain jika kita pun ada kelemahan
Post a Comment