12 September 2012
Raya
Sambutan hariraya aidilfitri walaupun sudah sampai ke penghujungnya, tetapi masih meriah.
Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar hari ini meluangkan masa menghadiri jamuan raya aidilfitri UMNO cawangan Bukit Bertam di Batu Kurau.
Ketika berucap, beliau juga ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah menegaskan UMNO masih menjadi pilihan orang Melayu untuk membela nasib mereka.
UMNO akan mengutamakan perjuangan bangsa, Agama dan negara.
Jelas sekali UMNO semakin disenangi masyarakat melalui majlis sambutan hariraya aidilfitri yang dianjurkan pemimpin sentiasa dibanjiri orangramai.
Kepimpinan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang mengutamakan kebajikan rakyat amat disenangi rakyat semua kaum hinggakan dicemburui ramai pihak.
Pendekatan dan agenda perjuangan UMNO juga disenangi oleh rakyat, terutama orang-orang Melayu.
Ketua UMNO cawangan Bendang Nering, Rasdi Yacob dan ketua kampung Bukit Bertam, Salleh Idris diantara yang hadir di majlis yang diadakan di perkarangan dewan orangramai bukit Bertam.
Sebelum itu, Datuk Seri Raja Ahamd Zainuddin menghadiri jamuan hariraya anjuran Biro kumpulan akhbar utusan Perak di Ipoh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment