Template by:
Free Blog Templates

29 April 2012

UMNO



























Selain mempertahankan kerusi-kerusi yang dimenangi Barisan Nasional (BN) di Parlimen Larut, Taiping dan Bukit Gantang, ia juga akan mempastikan merampas balik kerusi yang kalah dalam pilihanraya umum (PRU) yang ke 13.

BN Larut memenanggi kesemua empat kerusi yang diperuntukan kepada UMNO di Parlimen Larut manakala peringkat dewan negeri (DUN) di Selama, Kubu Gajah pada PRU ke 12.

BN Taiping juga menang kerusi yang diperuntukkan kepada UMNO di Dun Kamuting manakala di Bukit Gantang menang di Dun Terong.

Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian mesyuarat agung secara berkelompok melibatkan juga UMNO bahagian Taiping dan Bukit Gantang, pagi tadi.

Menteri kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah yang juga bendahari agung UMNO merasmikan mesyuarat tersebut yang dihadiri 1,000 orang perwakilan di sebuah hotel baru di Taiping.

Turut hadir ketua UMNO bahagian Taiping, Datuk Salimin Shafie dan ketua UMNO bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Hussein.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menambah, majlis perasmian berkelompok itu jelas perpaduan yang jitu untuk mempastikan kemenangan cemerlang BN pada PRU ke 13.

Beliau turut mencadangkan ia diadakan secara bergilir dengan UMNO bahagian Bukit Gantang menjadi tuan rumah tahun depan dan diikuti bahagian berikutnya.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Kita boleh merampas balik 3 bahagian ini kalau kita tahu adat berperang.

Kita tentukan calon yang bertanding setelah melihat siapa lawan kita. Tapi kalau pilih sebaliknya, kita belum tentu dapat memenanginya atau mengatasi pihak lawan.

Ketokohan calon UMNO mesti dapat mengatasi ketokohan calon lawan kalau hendak menang. Zaman Datuk Hussein dahulu tidak boleh lagi pakai untuk PR 13.