25 April 2012
Sungai
Ketua-ketua kampung dalam dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah diminta mengemukakan cadangan projek menaik taraf sungai-sungai Ijok, Ara, Pulau dan Anak Kurau dibawah peruntukan rm 78 juta.
Ahli dewan undangan begeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berkata, daripada jumlah tersebut rm 38 juta khusus untuk sungai Ijok.
Manakala selebihnya rm 40 juta untuk sungai-sungai Ara, Pulau dan Anak Kurau termasuk pengambilan tanah.
Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berkata dalam wawancara khas program RTM di Batu 20 dalam DUN Kubu Gajah, tengah hari tadi.
Beliau berharap masalah rumah kediaman penduduk berdekatan sungai dapat diselesaikan melalui peruntukan tersebut.
Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin turut meminta jabatan parit dan saliran (JPS) dapat mengadakan satu kajian dan laporan lengkap mengenai masalah banjir di Dun Kubu Gajah dan tindakan yang sewajarnya.
Laporan daripada ketua-ketua kampung bagi memudah dan mempercepatkan lagi kerja-kerja perlaksanaan peruntukan rm 78 juta.
Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bersama RTM turut melawat sungai Ijok berdekatan kampung Siam di sungai yang menyebabkan dua buah rumah roboh dan musnah akibat air bah besar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Kita hanya pentingkan naik taraf sungai, maksud saya sungai yang sudah sedia 'baik' dibaiki lagi.
Bagaimana anak sungai yang tidak pernah dipeulikan JPS dan sekarang sudah tersumbat/hampir tersumbat sejak nenek moyang saya lagi.
Sebagai contoh anak sungai (alor) Ijok yang mengalir di belakang rumah YMDS hingga ke Sungai Krian yang dapat mengerinkan beratus ekar tanah pertanian jika tidak tersumbat.
Sebab itu saya syorkan turun padang hendaklah melihat dan proaktif bukan reaktif.
Kalau reaktif kita tak payahlah turun padang. Tunggu sahaja laporan JKKK.
Kita masih turun padang berdasarkan pendekatan lama iaitu kumpul maklumat dari laporan JKKK tapi tidak melihat sendiri apa terjadi.
Sebagai contoh, kenapa tanah YMDS sebelah belakang sentiasa ada air sejak dari dulu kala. Kenapa buah rambutan tidak menjadi di tanah YMDS? Kenapa YMDS takut tidur di situ. Turun padang , lihat dengan mata sendiri apa berlaku. Kemudian baiki keadaan.
Dalam bahasa Inggeris kita katakan jangan kumpul 'secondary' maklumat (dari orang lain). Kumpullah PRIMARY FAKTA atau maklumat (ASLI) bila turun padang.
JKKK mana mahu melaporkan masalah kenapa tanah YMDS tidak produktif turun temurun.
Problem Kubu Gajah sudah ada di tangan YMDS. Kalau YMDS tahu kenapa YMDS tidak bermastutin di tanah YMDS? Itulah masalah yang besar dihadapi rakyat ADUN Kubu Gajah.
Tak payah kumpul maklumat baru. Cuba tanya PAS kenapa ketuanya bina rumah di Bagan Serai. Tidak di Kubu Gajah.
Post a Comment