Template by:
Free Blog Templates

17 April 2012

Perpaduan




















Perpaduan ummah harus dijadikan asas utama sebagai benteng keutuhan Islam.

Justeru umat Islam harus melihat perpaduan itu sebagai yang terpenting jika mereka mahukan kesejahteraan dan kedamaian.

Umat Islam tidak harus berpecah jika mereka mahu menjadi role model kepada masyarakat global.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap di forum perdana di pekan Ijok malam tadi.

Forum Perdana Bicara rakyat dengan tajuk ' Kedamaian dan pemerintah oleh penceramah, Ustad, Fathul Bari Mat Jaya Ulamak Muda UMNO Malaysia.

Turut hadir ketua-ketua kampung dan pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin turut menyampaikan sumbangan kepada dua sukarelawaan yang telah mwmbantu beberapa orang mangsa banjir kilat di Kampung Mesjid, Ijok dan Sungai Jernih. Mereka ialah, Shahariddan bin Mahmud, 33 tahun dan Badrul Hisham bin Abdul Razak, 37 tahun.


Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menambah walaupun Islam merupakan agama rasmi, tetapi kebebasan agama lain tetap dihormati demi menjaga perpaduan kaum.

Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa kira-kira wang mengingatkan jangan ada mana-mana pihak atau individu menghina kesucian agama Islam.

0 comments: