Template by:
Free Blog Templates

12 April 2012

Jalan rebak






Memang bahaya. Jalan diantara Kampung Teras ke Ulu Mengkuang berada dalam keadaan bahaya kerana tanah yang rebak.

Perkara ini telah dibangkit dan disuarakan beberapa kali oeh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar kepada Jabatan Kerjaraya (JKR), tetapi hingga ke hari ini, tempat yang berlaku tanah runtuh dan bahaya itu, seperti tiada sebarang tindakan yang diambil.

Dalam mesyuarat Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama juga telah dibangkitkan.

Janganlah bila sudah berlaku kemalangan, baru tindakan hendak diambil.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin ketika meninjau di jalan yang rebak dan ceruh yang semaki terhakis itu, bimbang bahaya yang akan dihadapi oleh pengguna jalanraya, terutama dalam keadaan hujan dan diwaktu malam.

Beliau berharap JKR dapat melakukan kerja baik pulih jalan tersebut seberapa segera.

Di jalan baru siap dekat Kampung Teras juga berlaku tanah runtuh dan bahaya kepada pengguna jalanraya.

0 comments: