Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar kesal kerana ada perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang telah mencemar atau menggotori Dewan Serbaguna yang dibina oleh Kerajaan.
Dewan ini dibina bukan dengan kos yang murah, sebaliknya memlibatkan wang beratus ribu ringgit dan untuk kemudahan kepada orangramai termasuk belia menggunakannya samada untuk perjumpaan atau bersukan.
Masa tiada dewan, ramai yang bersuara untuk berkehendaknya, tetapi bila sudah dibina ia dicemari oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Beliau berkata demikian selepas mendapati banyak dinding di Dewan Serbaguna Redang Panjang yang telah diconteng oleh mereka yang tidak bertanggung jawab ketika menghadiri satu majlis di situ, petang tadi.
Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berharap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bertindak segera mengenal pasti mereka yang tidak bertanggungjawab itu daripada menggulanggi perbuatan yang tidak bermoral itu.
Bila tidak ada dewan penduduk merayu kepada Wakil Rakyat, tetapi bila sudah dibina, ia tidak dijaga dengan baik.
Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menyeru orangramai sapaya memberi kerjasama menjaga semua harta benda awam dan menjadikannya sebagai milik sendiri.
2 comments:
YMDS,
YB KJ mulai merasai apa yang saya rasa untuk memilih calon 'winnable'.
YB Lim Kiat Siang dan anaknya boleh diletakkan di mana-mana saja terdapat kaum Cina boleh menang.
Munkin mantan MB yang lalu pun boleh diletakkan di mana2 kawasan Melayu di Perak boleh menang.
Tapi kita tak mengenal orang UMNO LMS yang terkenal yang berada di pelusuk Malaysia untuk bertanding di LMS untuk menang.
Orang UMNO Selama yang karismatik yang saya tahu ialah Datuk Hamdan Sulaiman. Orang kuat BTN, geng mantan PM yang lalu. Yang lain ada pangkat tapi tidak ada karisma.
Kalau nak pangkat pilihlah Prof. ShahbRizan Shah Baki (UITM) untuk Batu Kurau. Tapi yang Batu Kurau sudah baik kerna al-hafiz.is
Di Kubu Gajah ada 5 doktor terkenal tapi tidak karismatik kerana pemimpin PAS KG kebih karismatik.
YMDS,
Sepatutnya kawasan ADUN India di Perak termasuk Buntong hendaklah dipilih daripada parti komponen BN yang mempunyai karisma. Jika ada calon Melayu atau Cina yang lebih karismatik hendaklah dipilih dari kalangan mereka, tidak semestinya calon India kalau calon India tersebut tidak karismatik.
Begitu juga kawasan seperti yang lebih ramai Melayu tapi calonya bukan Melayu seperti di Gopeng.
MB kita hendaklah pilih siapa yang lebih karisma antara tiga kaum.
Kalau kita tidak pilih yang karisma dan berkelulusan tinggi (selalunya orang India suka lawyer) munkin kawasan India akan disapu bersih oleh pembangkang jika mereka memilih calon Melayu dan India (lawyer) yang berkarisma dari calon BN.
Sepatutnya Perak hendaklah dengar cadangan KJ untuk memilih 'winnable' calon untuk menang.
Ramai orang India tidak suka penyokong YB Samy Vellu, bukannya mereka tidak suka MIC.
Post a Comment