Template by:
Free Blog Templates

23 April 2012

Titi








Sebuah titi gantung berharga rm 20,000 akan dibina ditempat perkelahan Lata Panggung di Teras dekat Ijok tidak lama lagi.

Ketika mengumumkan projek itu, ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berkata ia untuk mencari lebih ramai pengunjung ke Lata Panggung.

Dengan ramai pengunjung ia dapat menjadikan Lata Panggung sebagai salah satu destinasi percutian di Perak.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berkata demikian selepas melawat Lata Panggung tengah hari tadi.

Turut hadir ketua kampung Teras, Abdul Wahab Mat Yatam dan pemilik tempat perkelahan Lata Panggung, Salasiah Ghazali, 56 tahun.

Lata Panggung menjadi tumpuan ramai pengunjung terutama hujung minggu dan musim cuti persekolahan.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menambah, beberapa lagi kemudahan seperti calet akan dibina bagi kemudahan pengujung ke situ.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Selalunya tempat pelancongan hedaklah diiklankan secara meluar.

Saya syorkan UMNO cawangan ini mengadakan biro pelancongan yang aktif (bukan yang hanya mahu jadi pemimpin dengan berretorik sahaja)