Template by:
Free Blog Templates

20 April 2012

BN

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau berkayuh basikal sejauh 50 kilometer untuk melihat sendiri keadaan dan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).

Berliau berkata hanya dengan bekerja keras BN akan mencapai kemenangan cemerlang.

Dr Zambry berkata demikian ketika berucap di majlis jamuan makan BN sempena taklimat kha menghadapi pilihanraya umum (PRU) ke 13 di Ipoh malam ini.

Beliau berkata lawan akan menjadi kuat jika pemimpin dan ahli-ahli BN berpecah.

Justeru, Menteri Besar menyeru seluruh ahli BN semua peringkat meletakkan asas perpaduan sebagai keutamaan dari yang lain juka parti mahukan kemenangan.

Dr zambry menegaskan bahawa persiapan jentera BN Perak harus berada digarisan awal dan bukan pada saat-saat akhir.

Dr Zambry Kadir berkata BN harus mengamal sikap mesra BN bukan bermusuh dengan sesiapa.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Perak akan menang jika UMNO Perak mendengar cadangan Tun Dr. Mahathir.

Tapi jika Perak asik menyimpan nama2 yang boleh jadi winnable candidate untuk mengekalkan ADUN lama yang kalah dan yang goyang kedudukannya, saya pasti Perak akan dapat di tawan pembangkang walaupun kita turun padang siang malam.

Pilihanraya kali ini tidak macam PRU12 di mana semua pemimpin parti akan menang.

Pemimpin UMNO hanya boleh menang di kawasan yang selesa. Tapi bagi kawasan lain UMNO hendaklah mencari payung terjun.

Payung terjun ini mestilah ada ketokohan untuk menjadi MB di Perak dan PM di Malaysia.

D.S. Anuar Ibrahim menang tiket UMNO dahulu kerana PM memilih calon Payung Terjun yang ada ketokohan untuk menjadi PM. Kesilapannya hanya beliau gopoh sangat untuk menjadi PM.

Saya memohon YMDS hendaklah ada reserve calon ADUN Kubu Gajah untuk menentang calon pembangkang dalam perang yang mempunyai ketokohan untuk menjadi MB. Begitu MP kita. Tapi tahun ini susahlah sedikit.

Cara berperang bukan seperti apa yang dilakukan UMNO Perak. Kita mesti lihat siapa lawan kita.

Kalau pembangkang menggunakan strategi saya ini mereka akan menang semua kursi di Perak.

Sebagai contoh jika UMNO meletakkan Captain bersara, pembangkang hendaklah meletakkan Lt. Col. bersara seperti Salleh Hodari di Batu Kurau. Nasib baik mereka tak kenal siapa Salleh Hodari kerana mereka pun agak malas mencari calon yang terbaik.

Sebaliknya pula jika pembangkang memilih pensyarah kolej, UMNO hendaklah memilih pensyarah universiti. Kalau doktor calon pembangkang pilihlah pula specialist.

Saya syorkan YMDS mengadakan reserve bagi Kubu Gajah seorang Peguam berasal dari Tebing Tinggi (anak pak Syukur asalnya depan rumah YMDS) yang bertugas sekarang ini di Sungai Besar.

Atau pun pegawai besar Petronas di Dungun Abdul Rahman Bistaman yang akan bersra tahun ini. Rumahnya dulu depan JKKK Tebing Tinggi.Mereka kenal anak Bistamam ini.

Kalau hendak muda lagi pilihlah sebagai reserve, Senior Consultant ICT, Noor Azyati ahli UMNO Tebing Tinggi. Yang pernah bekeraja disyarikat2 gergasi multi-nasional.

YMDS hendaklah turun padang berjumpa mereka jika hendak menang. Munkin sudah terlambat. Mereka ini workoholic. Kerja siang malam... dan betul bendul orangnya. Buat pada masa ini mereka tiada masa untuk berpolitik semata2
walaupun mereka penyokong UMNO yang kuat, turun temurun.