Template by:
Free Blog Templates

27 April 2012

Peladang







Pertubuhan peladang (PPK) Batu Kurau akan mengadakan kempen mempromosi produk-produk ahli-ahlinya.

Pengerusinya, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berkata, ia bertujuan menggalakkan penduduk tempatan juga menggemari produk orang kampung mereka sendiri.

Kempen itu juga bertujuan menyakinkan lagi masyarakat mengenai produk tempatan dan wajar diberikan sokongan jika ingin melihat mereka berjaya.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang juga ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat lembaga pengarah PPK Batu Kurau di Batu Kurau, pagi tadi.

Turut hadir pengerusi besar PPK Batu Kurau, Haji Sabri Zainol dan ahli-ahli lembaga pengarah di mesyuarat bulanan yang diadakan di bangunan PPK Batu Kurau.

Jika masyarakat tempatan sendiri tidak mengutamakan produk tempatan bagaimana kita boleh menggalakan pelancong luar untuk melanggan hasil orang kampung.

pengusaha-pengusaha yang menjadi ahli PPK Batu Kurau akan didedahkan lagi dengan dunia pasaran antarabangsa.

Satu pertandingan futsal akan dianjurkan bulan Jun bagi menarik lebih ramai remaja menyertai PPK Batu Kurau.

3 comments:

agwawasanjaya said...

Assalamualaikum.. Saya pengundi muda di Dun Kubu Gajah ingin bertanya tentang permohonan untuk memohon tanah teroka sejak dari zaman Jepun yang saya wakili penduduk kampung Sangkut untuk dibuat geran.. Saya sudah mohon melalui JKKK dengan dibuat secara berkelompok seramai hampir 20 orang penduduk..Apa status permohonannya?

agwawasanjaya said...

Reply dari pihak YB adalah amat dihargai dan diucapkan terima kasih..

Anonymous said...

YMDS,
Untuk mengelakkan orang yang ada tanah mendapat lagi tanah kerajaan, kerajaan hendaklkah buat seperti di Sarawak.

Geran hanya diberikan kepada mereka yang hanya telah membina rumah kekal di tanah tersebut.

Kalau YMDS tidak berbuat demikian ramai yang menjual tanah mereka setelah mendapat geran,

Kerajaan hendaklah membezaka spekualasi dengan yang betul-betul berkehendakkan tanah.

Kalau YMDS tidak berbuat demikian saya pun akan memohon tanah kerajaan nanti.

Kita jangan buat macam saham. Kerajaan memberi pink form kepada kaki jual saham. Sampai bila pun ekiti 40% tidak tercapai.

YMDS turun padang dengan melihat siapa yang betul2 tiada tanah.