Template by:
Free Blog Templates

10 April 2012

Tumbang












Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar bergegas ke kampung baru Redang panjang sebaik dimaklumkan ada pokok tumbang dan timpa rumah.

Sebanyak tiga batang pokok rambutan dan teja tumbang dalam hujan lebat dan sebuah sekolah rendah kebangsaan cina yang berdekatan bagaimanapun, terselamat.

Ketika Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin tiba hujan masih turun dan beliau mengarahkan agar pokok-pokok yang tumbang itu segera dipotong untuk menggelak menjadi halangan kepada penduduk menggunakan jalan yang terbabit.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berharap jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) memantau dan mengenalpasti pokok-pokok yang mendatangkan bahaya kepada orang ramai agar diambil tindakan.

JKKK harus mengadakan perjumpaan dengan pemilik pokok berkenaan dan penduduk bagi membincangkan masalah tersebut.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin juga meminta kerjasama pihak berkuasa majlis daerah dalam membantu memberi kesedaran kepada penduduk mengenai pokok-pokok milik mereka yang mendatangkan bahaya.

Turut hadir ketua MCA Redang Panjang, The Leong Hui dan beberapa oarang penduduk.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS.

JKKK kita masih tidak proaktif. Mereka tunggu laporan orang kampung.

Tetapi mereka asal orang kampung di situ juga, selalu ulang alik.

Keselamatan kampung pun mereka tidak tahu. Pencuri buah kelapa sawit dan pencuri logam/besi (seperti gate pintu,dll) bertambah.

Yang sebenarnya senang hendak menangkap pencuri kelapa sawit kalau polis selalu pergi ke pembeli buah kelapa sawit. Tanya pembeli mereka yang menjual dimasukkan ke lesen siapa?

Yang sebenarnya Polis tak payah ronda. memadai pergi ke kedai besi buruk dan kedai membeli kelapa sawit tiap-tiap hari dan check atas nama lesen siapa mereka menjual buah kelapa sawit. Begitu juga di kedai besi buruk. Tanya kedai besi buruk nama penjual barang berharga. Apa yang susah sangat?