Template by:
Free Blog Templates

8 April 2012

Tanah














Kerajaan akan mengeluarkan hak milik kekal keatas tanah-tanah rizab kerajaan yang telah lama diduduki.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berkata tidak dinafikan ramai penduduk yang telah lama hingga berpuluh tahun mendirikan rumah diatas tanah rizab secara tumpangan sementara.

Justeru beliau telah menganjurkan kepada menteri besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir mengenai masalah tersebut agar ia dapat diselesaikan.

Datuk seri Raja Ahmad Zainuddin berkata demikian ketika berucap di majlis penduduk bersama pemimpin, tengah hari tadi.

Penolong pegawai belia dan sukan daerah, Nasarudin Mawi, ketua kampung sungai Jernih, Jamaluddin Mat Isa, ketua kampung Teras, Abdul Wahab Mat Yatam, ketua UMNO kampung Mesjid, Aziz Jamil, ketua UMNO cawangan Kelian Gunung, Zulkifli Husein dan pengerusi belia 4B Larut, Zaidi Dollah diantara lebih 200 orang yang hadir.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berharap pembukaan tanah seluas 1,500 ekar di Dun Kubu Gajah untuk tujuan tanaman kelapa sawit dapat membantu mengatasi masalah rakyat miskin.

Beliau berharap usaha mengenalpasti tanah-tanah terbiar dapat dilakukan oleh ketua-ketua kampung agar ia dapat dimajukan secara berkelompok untuk membantu meningkatkan pendapatan tambahan penduduk.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Tentukam mereka telah membina rumah kekal (bukan pondok) di situ untuk mendapatkan hak milik kekal.

Buat macam Sarawak. Tanah diberikan hanya kepada mereka yang sudah membina rumah di tanah tersebut. Kalau tidak, lagi sekali tanah tersebut jadi tanah kampung tersusun tanpa rumah. Kerajaan salah sasaran.

Anonymous said...

YMDS,

Boleh tidak kerajaan proaktif kepada tanah yang terbiar. Sebagai contoh tanah paya yang tiada parit. JPS bolehlah membina parit supaya tanah tersebut dapat diusahakan.

Tanah terbiar kerana kera merosakkan tanaman. Perhilitan hendaklah memerangkapnya dan pindahkan ke sebuah Pulau, bukan ke hutan simpan Pondok Tanjung.

Banyak tanah terbiar bukan kerana kemiskinan tapi kerana ditenggelami air dan haiwan perosak.

Yang lainnya ialah sebab 5 ribu ringgit diperlukan untuk pecah bahagian bagi 2 ekar tanah. Kerajaan hendaklah mengambil alih kerja pecah bahagian, bukan diswastakan.

Ketepikan dulu masalah YMDS kemukakan. Cuba cari jalan untuk mengatasi tanah terbiar yang boleh diusahakan tuan tanah.

Tanah YMDS katakan bolehlah disewakan seperti yang dilakukan oleh Allahyaharmu Yusup 'Tonggek' Tebing Tinggi.

Cuba lihat tanah yang dikerjakan Encik Musa, depan surau Tebing Tinggi. Semuanya dipajak ke Cina Alor Pongsu. Kalau orang Melayu tak sanggup memajaknya, apa salahnya diberikan kepada orang Cina, asalkan tanahnya tidak diberikan. Yang penting WIN-WIN. Ali pun untung. Baba pun untung. Barulah dikatakan SATU MALAYSIA. Kalau Baba sahaja yang untung kita jadi TIADA MALAYSIA.