Template by:
Free Blog Templates

28 April 2012

Belia




















Jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) digalakan melantik belia bersama mereka.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar menegaskan, belia harus didekati kerana mereka menjadi sebahagian penting dalam mesyarakat dewasa ini.

Masalah sosial akan bertambah rumit jika para belia dipinggirkan, tetapi tidak merugikan jika tenaga mereka digunakan.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berkata demikian ketika berucap merasmikan pertandingan treasure hunt bermotor belia peringkat dewan negeri (DUN) Kubu Gajah di Ijok, pagi tadi.

Turut hadir penolong pegawai belia dan sukan daerah Larut Matang dan Selama, Nasaruddin Mawi dan ketua-ketua kampung di dewan terbuka pekan Masjid.

Program anjuran pusat khidmat Adun Kubu Gajah itu membabitkan seramai 90 orang peserta dan 13 destinasi yang julung kali diadakan.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin melahirkan rasa bimbang jika belia tidak didekati dan tiada pogram yang dianjurkan, mereka akan mudah terbabit dengan aktiviti yang tidak bermoral dan merosakkan diri mereka.

Beliau juga menggesa agar jabatan belia dan sukan jangan hanya melihat badan belia bersendirian tanpa mengadakan program khusus untuk mereka.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin juga menyampaikan hadiah-hadiah dan cenderahati kepada pemenang dan peserta pertandingan tersebut pada sebelah tengahari.

No 1- kumpulan KAMI
No 2- kumpulan FELDA BOY
no 3- kumpulan BUKAN TEAM BIASA

Peserta terbaik lelaki- Muhamad Asraf B. Johari
Peserta terbaik perempuan- Norhafiza Bt. Malayonsani

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

6 bilion saham FGVH akan dijual. 88% kepada institusi. Boleh tidak belia dan peladang YMDS/kita dapat 1 juta atas nama institusi.

Jika institusi yang bekaitan dengan kemiskinan dapat 88% sudah tentu BR1M tidak perlu lagi diberikan tahun lepas.

Selalunya kami melantik individu tersohor jadi pengurusi Persatuan Peladang ,Koperasi RISDA, MPOB dll kerana mereka ada kekuatan untuk memohon sesutu dari kerajaan untuk kepentingan ahli. Kalau tidak orang macam ketua kampung Kubu Gajah pun boleh jadi pengurusi. Tak payahlah pilih individu ternama.

Anonymous said...

YMDS,


Ekuiti Melayu meningkat 23%. Kalau kerajaan berikan pink form kepada individu kaki jual saham sampai bila pun ekuiti tak sampai 40%.

Sebagai contoh, saya simpan 6 saham (termasuk saham Perak) semuanya bankerap kerana semangat Melayu hendak mendapatkan ekuiti 40%, KONONNYA...

Nama mereka yang dapat pink form sepatutnya di 'black list' supaya tidak lagi mendapat pink form.

Saya harap pink form FGVH tidaklah
diberikan kepada yang pernah menjual saham mereka, terutama sekali ahli lembaga pengarah FGVH yang tidak ada semangat untuk medapatkan 40% ekuiti hak Melayu (mereka yang pernah menjual saham yang dibelikan melalui pink form) melalui syarikat2 lain/kepada individu yang ada kepentingan.

Saya tak tahulah sama ada CEOnya masih menyimpan saham Golden Hope. Sepatutnyya inilah kerja pengurusi PAC KL. atau PAC Melayu. Kita tiada PAC Melayu untuk memnatau ekonomi Melayu. Tapi orang cerdik selau jual saham bila naik harga.

Orang ada semangat Melayu sahaja yang tak jual saham.